Monday, June 29, 2020

PERSEDIAAN & PERSIAPAN PEMBUKAAN SEKOLAH SEMULA

Pada 29 Jun 2020, Selasa - Taklimat pengagihan murid mengikut normal baharu telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Siti Habsah dan Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Azlimariah.
Taklimat Pengagihan Murid

 Setelah tamat taklimat guru-guru kelas mengikut tahun membincangkan pengagihan murid mengikut SOP yang ditetapkan.

Setelah selesai tugas pengagihan murid, guru-guru teruskan tugasan persediaan & persiapan pembukaan sekolah semula mengikut normal baharu.





Friday, June 26, 2020

Persediaan Pembukaan Semula Sekolah Dengan Normal Baharu

26 Jun 2020, Jumaat - Hari Ketiga bermula dengan pembacaan Yassin. Setelah itu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohd Azmin B. Atan dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Azlimariah Bt Arifin menyampaikan taklimat tugasan hari ini kepada semua guru. Selepas taklimat tersebut guru- guru SKPM teruskan tanggungjawab masing-masing dengan sungguh bertekun dan bersemangat.






Thursday, June 25, 2020

PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

25 Jun 2020- Khamis , Hari kedua persekolahan selepas cuti PKP, guru-guru SKPM menyediakan bilik darjah dan bilik khas mengikut SOP, normal baharu. Semua guru diberikan taklimat persediaan pembukaan semula sekolah, dan setelah itu guru-guru bertugas menyediakan bilik darjah mengikut normal baharu yang ditetapkan.






BENGKEL PENYELARASAN PROGRAM DAN PELANCARAN JAWATANKUASA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 2020

Pada 24 Jun 2020, Rabu - Perjumpaan semula semua guru setelah bercuti PKP selama 3 bulan. Pihak sekolah telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Program Dan Pelancaran Jawatankuasa Pembukaan Semula Sekolah 2020. Bengkel dimulakan dengan pembacaan yassin.

Barisan Pentadbir menjelaskan garis panduan pembukaan semula sekolah 2020 dan senarai jawatankuasa serta tanggungjawab dan peranan jawatankuasa tersebut.

  














Wednesday, June 17, 2020

TIPS DAN AMALAN MENCEGAH COVID - 19

Apakah itu Corona?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

 Penutup mulut dan hidung surgical atau N95, adakah ianya membantu untuk mengurangkan penularan COVID-19?

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini. Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ia lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.

 Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19?

Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas.
Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

Adakah penyakit jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) ini boleh menyebabkan kematian? 

Coronavirus(COVID-19) ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Sentiasa wajib mengamalkan langkah-langkah berikut: 

• Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer; 

• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan 

• Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;

• Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan 

• Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna 

Berikut adalah nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang wajib kita mengikuti dan mengamalkan serta membiasakan dalam kehidupan harian kita.














Dengan mengikuti dan mengamalkan tips-tips ini, bukan sahaja kita dapat memastikan keselamatan kita dan orang tersayang, akan tetapi dengan ini juga kita dapat buktikan patriotisme kita terhadap tanah air kita.