Thursday, March 30, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG  MINGGU 2 (2023/2024)

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 2 2023/2024

TARIKH: 27 - 31 MAC 2023

MINGGU: 2

KUMPULAN: KUMPULAN 2


GURU BERTUGAS

  1. TN HAJI SOFIAN BIN ABDULLAH
  2. PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR
  3. CIK AMIRATUL ARIFAH BINTI ABDUL FATAH
  4. PN. NASIBAH BINTI SAIRI
  5. PN. NORSALIZA BINTI ABDUL GHANI
  6. PN. Y NURYATI BINTI ABU BAKAR




TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Program Transisi Tahun 1 dijalankan seperti yang dirancang untuk murid Tahun 1 dan Murid Tahun 2 mula belajar mengikut jadual kelas.
  3. Memantau dan mengawal pergerakan murid yang tidak berpuasa rehat di kantin serta murid yang berpuasa rehat di surau.
  4. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  5. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  6. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan iaitu jam 5.30 petang sepanjang bulan Ramadhan.

KAWALAN PINTU PAGAR




KAWALAN TAHUN 2 DI KANTIN





KURSUS KEPIMPINAN SESI PETANG






BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN






Tuesday, March 28, 2023

KURSUS KEPIMPINAN MURID SEKOLAH SESI PAGI DAN PETANG 2023/2024

Pada 28 Mac 2023 (Selasa) telah diadakan satu Kursus Kepimpinan Murid kepada semua pengawas, pengawas pusat sumber, pengawas PRS, pengawas SPBT, pengawas PPDa, Ketua dan Penolong kelas serta Ketua Kebersihan Kelas. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman mengikut sesi masing-masing iaitu sesi pagi dan sesi petang. Objektif kursus ini ialah diadakan untuk memberikan penekanan dan pendedahan terhadap tugasan harian mengikut skop kerja masing-masing. Ketrampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK Pulau Meranti yang dibentuk melalui acuan guru-guru.


SASARAN

  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber Sekolah
  • Pengawas PRS
  • Pengawas SPBT
  • Pengawas PPDa
  • Ketua dan Penolong Kelas
  • Ketua Kebersihan Kelas

LENSA KAMERA
SESI PAGI






LENSA KAMERA
SESI PETANG








"PEMIMPIN CEMERLANG, DISIPLIN TERBILANG"




Thursday, March 23, 2023

PROGRAM ANAK BIJAK LAGI CERDIK SERTA PROGRAM MAJU DIRI HARI KETIGA SESI 2023/2024

 23 Mac 2023, hari terakhir perlaksanaan Program ABD & PMD. Program dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. 











MONTHS OF RAMADAN AL-KAREEM

 ❣️HAPPY FASTING❣️

Wishing you a shower of joys and blessings in the holy months of Ramadan Al- Kareem 


#Englishisfun❤️

#SKPMHIP








Wednesday, March 22, 2023

PROGRAM ANAK BIJAK LAGI CERDIK SERTA PROGRAM MAJU DIRI HARI KEDUA SESI 2023/2024

 Perlaksanaan Program ABC & PMD dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Senamrobik

Taklimat Ringkas dari PK KOKO mengenai kehadiran awal

Ceramah Panitia Agama

Acara Padang tahap 2


















PROGRAM ANAK BIJAK LAGI CERDIK SERTA PROGRAM MAJU DIRI HARI PERTAMA SESI 2023/2024

 Unit Bimbingan Dan Kaunseling bersama Unit HEM dan Kurikulum telah berjaya melaksanakan Program Anak Bijak Lagi Cerdik serta Program Maju Diri hari pertama seperti yang dirancang.

Program ini akan dilaksanakan selama seminggu iaitu minggu pertama pembukaan sekolah

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi diri dan keseimbangan dari aspek JERIS agar boleh menyesuaikan diri dengan suasana belajar secara positif.

Setelah tamat aktiviti ini, diharap murid dapat :

  •     Menanam sikap positif terhadap disiplin diri
  •     Membina semangat kekitaan terhadap warga Sekolah
  •     Mengenal potensi serta kelebihan diri sendiri






Monday, March 20, 2023

Laporan Perhimpunan Minggu Pertama Persekolahan Tahun 2023 Sesi Pagi

 20 Mac 2023 adalah hari pertama persekolahan sesi 2023/2024.

 Guru Bertugas pada minggu ini adalah :-

 1. En. Alif
2. En. Khiril
3. Pn. Idayu
4. Pn. Suzila
5. Pn. Sugunah



Guru BNK menyambut kehadiran murid di pintu pagar dengan memberikan gula-gula kepada murid-murid.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Setelah itu Adik Auf Rayyan membacakan doa.






Cikgu Alif Melafazkan Ikrar Rukun Negara

Adik Azra Zahira melafazkan Ikrar Murid




Ucapan Guru Bertugas :-

* Cikgu Aliff memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu pertama.
* Beliau juga mengalu-alukan kehadiran murid dengan mengucapkan " Selamat Kembali Ke Sekolah" dan minta murid menanam satu azam, tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih.

Ucapan Barisan Pentadbir Oleh Ust Samsolri GPK HEM

# PK Hem mengucapkan " Selamat Kembali Ke Sekolah"
# Beliau juga mengingatkan murid bawa waktu kehadiran adalah pukul 7.20pagi. kehadiran lewat 3 kali akan di berikan surat amaran dan dimasukkan nama di SSDM.
#Beliau juga memaklumkan pada murid mengenai Program PMD secara panjang minggu pertama. 

Sebelum perhimpunan ditamatkan, Panitia PJPK memlaksanakan senamrobik yang "simple".