Monday, March 20, 2023

Laporan Perhimpunan Minggu Pertama Persekolahan Tahun 2023 Sesi Pagi

 20 Mac 2023 adalah hari pertama persekolahan sesi 2023/2024.

 Guru Bertugas pada minggu ini adalah :-

 1. En. Alif
2. En. Khiril
3. Pn. Idayu
4. Pn. Suzila
5. Pn. Sugunah



Guru BNK menyambut kehadiran murid di pintu pagar dengan memberikan gula-gula kepada murid-murid.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Setelah itu Adik Auf Rayyan membacakan doa.






Cikgu Alif Melafazkan Ikrar Rukun Negara

Adik Azra Zahira melafazkan Ikrar Murid




Ucapan Guru Bertugas :-

* Cikgu Aliff memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu pertama.
* Beliau juga mengalu-alukan kehadiran murid dengan mengucapkan " Selamat Kembali Ke Sekolah" dan minta murid menanam satu azam, tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih.

Ucapan Barisan Pentadbir Oleh Ust Samsolri GPK HEM

# PK Hem mengucapkan " Selamat Kembali Ke Sekolah"
# Beliau juga mengingatkan murid bawa waktu kehadiran adalah pukul 7.20pagi. kehadiran lewat 3 kali akan di berikan surat amaran dan dimasukkan nama di SSDM.
#Beliau juga memaklumkan pada murid mengenai Program PMD secara panjang minggu pertama. 

Sebelum perhimpunan ditamatkan, Panitia PJPK memlaksanakan senamrobik yang "simple".






 

 


No comments: