Thursday, March 16, 2023

MESYUARAT GURU BIL.1/2023

Tarikh: 13 Mac 2023

Hari: Isnin

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat: Dewan Meranti SKPM

Mesyuarat Guru Bil.1/2023 merupakan sebuah mesyuarat utama sebagai taklimat/rujukan awal para guru untuk menjalankan amanah sebagai tenaga pendidik khususnya di SK Pulau Meranti telah dilaksanakan dengan jayanya. 

           Terdapat pelbagai perkara penting/baharu yang disampaikan dan dibincangkan oleh Puan Guru Besar, Puan Siti Habsah bt Ahmad termasuklah program/aktiviti pembukaan sekolah, amalan sekolah penyayang, PAK 21, penggunaan media sosial, pertukaran guru, guru tidak hadir bertugas, keluar dari kawasan sekolah, Cuti Rehat Khas (CRK) dan Cuti Sakit, perhimpunan rasmi mingguan serta beberapa perkara lagi.

     Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid turut menyampaikan dan membincangkan beberapa maklumat penting seperti laporan PBD, UASA dan PLAN, RPH, RPT, Program KPM, Bilik Muzik dan Bilik RBT, penguatkuasaan penggunaan bilik guru, peratus kehadiran murid dan beberapa perkara lagi.

       Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Buku Pengurusan Sekolah juga dirujuk bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui jawatan dan tanggungjawab guru yang lebih jelas bagi sesi persekolahan 2023/2024. 






No comments: