Tarikh: 14 Mac 2023
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Dewan Meranti SKPM
Mesyuarat HEM
Bil.1/2023 merupakan sebuah mesyuarat pendahuluan bagi mengurus dan menjalankan
urusan Hal Ehwal Murid bagi sesi persekolahan 2023/2023 SK Pulau Meranti. Dikaitkan
dengan usaha kerajaan yang mengharapkan “Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), dengan
teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji
dan kemantapan jati diri perlu diberi perhatian.
Oleh itu, Penolong
Kanan HEM, En Muhamad Samsolri bin Ismail menjelaskan dan membincangkan beberapa
perkara iaitu; kebersamaan (kerjasama), pencapaian peratus kehadiran murid ke
sekolah, galakkan ibu bapa/penjaga membuat surat ketidakhadiran atau pengisian “Google
Form”, teguran, surat amaran dan prosedur buang sekolah, “Ziarah Cakna”, tempoh
waktu isian e-kehadiran dalam APDM, pengisian SSDM, keberadaan murid di kelas, pemeriksaan
mengejut “spotcheck”, program/aktiviti (kebersihan, keselamatan dan kesihatan),
pengosongan bangunan, perubahan fungsi bilik isolosi serta beberapa perkara
penting lagi.
Terima kasih diucapkan kepada
semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat kali
ini. Semoga semua warga SKPM berganding bahu untuk melahirkan warga sekolah
yang cemerlang dan berketrampilan.
No comments:
Post a Comment