Friday, February 27, 2015

PROGRAM MOTIVASI KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR 2015

Sebuah program motivasi telah dijalankan untuk murid tahun 5 dan 6 SK Pulau Meranti. Dr. Shabuddin Al-Ustaz Mun merupakan penceramah program ini dari Open Mind Resources. Tujuam program ini adalah untuk melahirkan murid yang bestari dan yang terpenting memberikan murid asas utama serta motivasi untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2015.

Program ini dapat dijalankan dengan lancar. Murid-murid pun memberikan komitmen yang baik dengan memberi respon kepada penceramah. Guru-guru juga dapat pengetahuan baru melalui program ini.

Diharapkan program ini dapat memberikan perubahan positif dalam diri murid untuk mendapat pencapaian yang cemerlang dalam UPSR nanti.

Penceramah juga menawarkan Seminar Sehari UPSR 2015 yang di anjurkan oleh Open Mind Resources. Butiran seperti berikut :

Tarikh     : 8 Mac 2015
Masa       : 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat   : Auditorium Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Selangor, Jalan Utas 15,                              seksyen 15 Shah Alam
Bayaran  : Hanya RM 70 sahaja termasuk pengangkutan dan makan minum.

Diharapkan juga murid SK Pulau Meranti tidak melepaskan peluang ini.






Semoga semua murid yang terlibat dapat menggunakan segala ilmu yang didapati dalam kehidupan harian terutama ketika aktiviti pembelajaran.

Thursday, February 26, 2015

Wednesday, February 25, 2015

Perjumpaan Unit Beruniform

Tarikh : 25 Februari 2015
Masa  : 2.30 - 4.30 petang


Perjumpaan Unit Beruniform telah berjalan seperti yang dirancang. Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan pada pukul 2.30 petang. Kemudian murid beredar ke tempat perjumpaan mengikut unit masing-masing. Unit Beruniform yang terlibat ialah Pasukan Pengakap (PPK) , Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM), Pasukan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Aktiviti berakhir pada pukul 4.30 petang.

Ahli TKRS sedang menjalani Latihan Kawad Kaki
dan Nyanyian Lagu TKRS
Ahli BSMM menonton tayangan video tentang Sejarah
 Penubuhan BSMM dan Pertolongan Cemas
Ahli PPIM Tahun 5 dan 6 sedang menjalankan
aktiviti gubahan
Ahli PPIM Tahun 3 dan 4 sedang menjalani aktiviti
latihan nasyid asmaul husna dan surah pendek
Ahli PPK sedang menyalin nota seperti peraturan, lagu dsb

Monday, February 23, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 7

Tarikh : 23 Februari 2015
Hari    : Isnin
Masa  : 7.20 - 8. 00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru bertugas :
1. En. Yusnizan bin Marzuki
2. Pn. Siti Syamsiddar binti Bagimin
3. Pn. Siti Juitah binti Ibrahim
4. Pn Mazlinda binti Ismail
5. Pn. Cheng Wai Ling

Aktiviti :
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Cikgu Yusnizan Marzuki.
Bacaan doa oleh Mohd Aniq.
Bacaan Ikrar Murid dan Ikrar Jalan raya oleh Mohd Aidil.

Ucapan guru bertugas minggu ke 6 oleh Puan Roshida binti Nayan.
1. Murid-murid hendaklah sentiasa peka terhadap tanggungjawab memastikan lampu dan kipas di dalam kelas dimatikan selepas selesai sesi persekolahan.
2.Murid-murid hendaklah sentiasa memastikan kehadiran awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
3.Murid-murid tahap satu hendaklah menikmati makanan di tempat yang disediakan serta tidak makan di tempat yang tidak sesuai seperti di laluan berbumbung dan di atas jalan berturap (tar).

Ucapan guru bertugas mingguan oleh Encik Yusnizan bin Marzuki
Pengertian tanggungjawab adalah sangat luas, sikap bertanggungjawab merupakan kewajipan setiap orang maka sesiapa yang tidak menjalankannya dianggap tidak menjalankan amanah.
Murid-murid hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap:
1. Tanggungjawab terhadap Allah swt, sikap tanggungjawab terhadap Allah swt ialah mengikuti segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.
2.Tanggungjawab terhadap ibu dan bapa, menghormati ibu dan bapa merupakan amalan yang dituntut ke atas setiap anak-anak yang telah dilahirkan. Ianya merangkumi amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap anak.
3. Tanggungjawab terhadap diri-sendiri dengan menjaga amanah yang telah Allah berikan kepada setiap manusia.


Ucapan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Pulau Meranti, Puan Siti Habsah binti Ahmad
1.Guru Besar mengingatkan setiap murid-murid supaya mengambil berat tentang nasihat yang diberikan oleh Puan Roshida dan Encik Yusnizan.
2.Guru Besar juga mengingatkan setiap murid bahawa pada hari Sabtu ini akan diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Pulau Meranti kali ke 40, setiap murid diminta mengingatkan ibu dan bapa supaya hadir  menjayakan Mesyuarat Agung tersebut.
3.Guru Besar mengingatkan kepada murid-murid supaya bersedia untuk menghadapi Ujian Formatif 1 yang akan dijalankan pada minggu hadapan

Minggu ini juga telah bermulanya Program Mentor Mentee untuk semua kelas. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pulau Meranti.




Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu "Malaysia Berjaya".

Laporan disediakan oleh:
Puan Siti Syamsiddar Bagimin



Monday, February 16, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 6

Tarikh: 16 Februari 2015
Hari: Isnin
Masa:7.45 - 8.15 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas:
En Gopi A/L Ranggaya
Pn Roshidah
Pn Umi sarah
Pn Marlina

Aktiviti :
Nyanyian lagu rasmi - Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah di ketuai oleh Encik Reza Feelaqis
bacaan Doa oleh Mohd Aniq
Bacaan Rukunegarafarah Wahida
Bacaan ikrar murid Noratiqah
Bacaan ikrar keselamatan jalanraya Zafirah

Ucapan guru bertugas:
oleh Puan Roshidah
Tema: amalan berterima kasih
1.Amalan berterima kasih hendaklah diamalkan oleh setiap individu kepada Allah,ibubapa dan guru guru
2.Sentiasa mengucapkan terima kasih atas setiap pemberian dan juga pertolongan
3. Amalan berterima aksih merupakan nilai murni yang wajib diamalkan dalam kehidupan seharia


Laporan Guru Bertugas pada Minggu Lepas;
Oleh: Ustaz Mohd Helmi
1.Murid diingatkan tentang tanggungjawab menjaga keselamatan diri sendiri
2.Berhati hati semasa menggunakan objek tajam dan merbahaya seperti gunting dan pembaris


Disiplin Murid: baik,terkawal

Hal hal lain:
Perasmian Program Mentor Mentee oleh Puan Noraizah bt Dun
Semua guru diserahkan dengan mentee masing masing yang terdiri daripada murid murid tahun 6
 MPenyampaian hadiah dan sijil untuk pemenang kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Murid lelaki tempat 1-15
Murid perempuan 1-15
Disampaikan oleh Puan Nora 

Ucapan Pentadbir
Oleh Puan Nora
1.Murid akan bercuti selama 5 hari sempena perayaan Tahun Baru Cina
2.Murid dikehendaki menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru masing-masing

Perhimpunan dikhiri dengan lagu Malaysia Berjaya

 PERASMIAN PROGRAM MENTOR MENTEE OLEH PN NORAIZAH


PEMENANG ACARA MERENTAS DESA BERGAMBAR BERSAMA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

 UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN PN ROSHIDAH NAYAN




 MAJLIS PENYERAHAN MENTEE KEPADA MENTOR MASING MASING

UNIT BERUNIFORM PUTRI ISLAM SEDANG MENYAMPAIKAN LAGU RASMI PUTRI ISLAM

 PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KEPADA PEMENANG KEJOHANAN MERENTAS DESA OLEH PUAN NORA




Laporan disediakan oleh:
Marlina Mat Zin



Sunday, February 15, 2015

Seminar Keibubapaan Kasih Sejati, Sekuntum Harapan

Sabtu, 13 Februari 2015 berlangsungnya satu seminar keibubapaan "Kasih Sejati, Sekuntum Harapan" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis ini telah dipengerusikn oleh En. Yusnizan dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Helmi. Seminar ini disampaikan oleh En. Mohd. Affendi bin Othman. Beliau merupakan seorang penceramah dan perunding utama di At Tayseer Solutions. Beliau telah banyak memberikan ceramah motivasi. Sambutan daripada ibu bapa pada hari ini amat menggalakkan. Diharapkan ibu bapa yang hadir akan dapat meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab mereka dan  juga  merestui anak-anak mereka bagi mendapat keberkatan.


Pendaftaran seminar


En. Yusnizan memulakan majlis


Bacaan doa oleh Ustaz Helmi

Antara hadirin yang hadir

Murid memberikan perhatian




Sesi restu ibu bapa


Sesi penutup serta penyerahan cenderahati

Tuesday, February 10, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015....

10 Feb 2015 (Selasa)- SK. Pulau Meranti telah mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Kejohanan ini hanya melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Sementara murid tahun 1,2 dan 3 pembelajaran seperti biasa. Acara pada pagi ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh cikgu Nordin selaku penyelaras kejohanan merentas desa. Seterusnya, murid-murid mengikuti acara memanaskan badan dengan melakukan aktiviti senaman aerobik yang dikendalikan oleh cikgu Reza Feelaqis selama 20 minit. 

Pada pukul 8.35 pagi, semua murid telah bersedia bagi acara pelepasan larian yang dimulai dengan murid perempuan dan diikuti oleh murid lelaki.Tetamu jemputan Dato. Mohammad Mahzan selaku YDP PIBG telah bertindak sebagai pelepas larian bermula.

Sepanjang larian desa, murid-murid kelihatan seronok dan ceria sambil menikmati udara nyaman di waktu pagi. Sungguhpun trek rentas desa sedikit jauh, namun semangat yang ditonjolkan oleh anak didik SKPM sangat membanggakan kerana berjaya menyelesaikan larian desa mereka. Selain itu juga, kelihatan riang gembira guru-guru yang ditugaskan menjaga check point dengan terus memberi semangat dan dorongan yang padu kepada murid-murid. Larian desa kali ini telah selesai pada pukul 9.45 pagi. Semua murid telah diarahkan untuk menimati hidangan minuman yang telah disediakan.

Sungguhpun kelihatan keletihan, namun anak didik SKPM tetap senyum gembira dengan larian mereka. Kejohanan merentas desa ini telah mendapat kerjasama dan bantuan daripada pihak polis dan pegawai perhubungan sekolah sepanjang sesi larian. Mereka telah bertugas mengawasi laluan jalanraya dan keselamatan murid-murid SKPM. Jutaan terima kasih diucapkan tanda penghargaan daripada kami warga SKPM.

Cikgu Reza mengendalikan acara senaman aerobik
Murid-murid sedang bersenam
Acara pelepasan oleh Dato Mohammad Mahzan

Pelepasan dimulai dengan murid perempuan
Ceria dan semangat anak didik SKPM
Kesungguhan murid semasa larian desa

KEJOHANAN AKUATIK MSSS 2015

Pada 10 Februari hingga 13 Februari 2015 telah berlangsungnya KEJOHANAN AKUATIK MSSS 2015 di Pusat Akuatik Shah Alam. Seramai 2 orang murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menyertai kejohanan ini iaitu Intan Umairah Binti Inderadin (4 Gemilang) dan Intan Anaqah Binti Inderadin (1 Cemerlang). Antara acara yang bakal disertai oleh murid ini ialah 50 meter gaya bebas, kuak lentang, kuak dada dan kupu-kupu serta 100 meter gaya bebas. Pihak sekolah mengucapkan syabas atas penyertaan murid ini dan dapat memberikan pingat kepada pihak sekolah. Selamat berjuang.....











 Laporan Disediakan Oleh:

YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

Monday, February 9, 2015

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER & FLYING SQUAD SEKOLAH 2015

Pada 9 Februari 2015 (Isnin) telah diadakan "Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah" bertempat di tapak perhimpunan pada jam 8.00 pagi. Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber atau Pemimpin Organisasi merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah. Peranannya amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan lancar. Matlamatnya adalah melahirkan pemimpin yang berwibawa dari kalangan pelajar supaya mampu untuk memimpin dan menggerakkan badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Flying Squad,  Ketua Kelas dan Penolong Kelas serta AJK Tertinggi Kokurkulum Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani dan dihormati serta berupaya membantu sekolah melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.






Barisan  Pengawas Sekolah bersama barisan pentadbir.

Barisan  Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama barisan pentadbir.

Barisan  ahli Fying Squad bersama barisan pentadbir.

Barisan  Ketua Kelas dan Penolong Kelas  bersama barisan pentadbir.

Barisan  AJK Tertinggi Kokurikulum bersama barisan pentadbir.

Laporan Disediakan Oleh:
YUSNUR AIDA BINTI YUSOF