Saturday, May 16, 2020

MAJLIS SUMBANGAN KASIH RAMADHAN TAHUN 2020


Tarikh: 16 Mei 2020
Tempat: Dewab SK Pulau Meranti
Masa: 10.00 pagi

Sebuah majlis ringkas dan santai telah diadakan pada hari ini di Dewan SK Pulau Meranti. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi sedikit sumbangan hari raya kepada murid SKPM yang berstatus anak yatim dan asnaf.

Sumbangan berupa wang tunai dan hamper. Butir sumbangan daripada individu, badan kebajikan guru dan daripada pihak Yang Berbahagia Tuan Adhif Syan bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil.

Majlis ini telah berjalan mengikut SOP yang telah dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis ini turut dihadiri pasukan daripada IPD Sepang bagi memastikan ibu bapa/ penjaga mematuhi SOP norma baharu ini.

Sekalung penghargan diucapkan kepada para penyumbang, AJK Unit Kebajikan HEM yang berusaha bagi memastikan kehadiran ibu bapa/ penjaga dan barisan pentadbir yang telah menjayakan majlis ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha yang dilakukan  dan semoga kita semua dilindungi daripada segala mara bahaya. amil ya Rabbal Alamin.



Surat Permohonan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.









Ibu bapa yang hadir beratur mengikut jarak yang telah ditetapkan, diambil suhu badan, kemudian menulis nama pada borang kehadiran yang disediakan di pondok jaga.


YB Adhif Syan bin Abdullah memberikan sedikit ucapan.

Ibu bapa yang hadir duduk di dewan mengikut jarak yang telah ditetapkan.




Sumbangan berupa wang untuk murid yang berstatus anak yatim dan asnaf. Ada juga sumbangan untuk Sarah Haziqah (5 Cemerlang) yang baru  kematian ayahnya.



Sumbangan Hamper daripada YB Adhif Syan bin Abdullah.

Kepada penjaga murid yang tidak dapat hadir pada hari ini, wang sumbangan akan dimasukkan ke dalam akaun bank atau diminta hadir ke pejabat SKPM untuk urusan pengambilan duit tersebut.

Sekian.
# staysafe
#stayathome