Friday, May 8, 2026

MAJLIS PERSARAAN PUAN ROSMAH BINTI JAMAT BERSAMA MURID SESI PETANG.

Hari ini, 8 Mei 2026, merupakan hari yang penuh emosi buat warga SK Pulau Meranti. Kami berkumpul untuk meraikan insan istimewa, PK Pentadbiran yang kami sayangi, Pn. Rosmah Bt Jamat. Beliau bakal menamatkan perkhidmatan beliau (Persaraan wajib) dalam dunia pendidikan.

Dedikasi dan ketegasan Pn. Rosmah dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran kurikulum sekolah akan sentiasa menjadi inspirasi kepada kami semua. Beliau bukan sahaja seorang pentadbir yang cemerlang, malah merupakan seorang mentor yang penyayang.

Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak pernah putus. Sesungguhnya, kehilangan seorang PK Pentadbiran seperti cikgu amat dirasai.




Pengacara majlis bersedia untuk memulakan majlis





Yang dirai bersama Guru Besar, En. Khairil Anuar B. Othman



Bacaa doa dipimpin oleh Ustaz Noramaluddin B. Md Yusoff


Ucapan dari Ketua Murid Sesi Petang, Adik Aisy Muammar (3 Einstein)


Ucapan Aluan Dari Guru Besar SKPM, En Khairil Anuar B. Othman


Ucapan daripada yang dirai Pn. Rosmah Bt Jamat



Majlis memotong Pulut Kuning sempena meraikan Hari Lahir Pn. Rosmah pada 11 Mei akan datang





Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan murid

Wakil Pra sekolah menyampaikan hadiah kepada Pn.Rosmah

Penyampaian Hadiah murid tahun 1

Penyampaian Hadiah murid tahun 2

Penyampaian Hadiah Murid Tahun 3


Penyampaian Hadiah Guru-guru Sesi Petang


Penyampaian hadiah dari Pn Shurainee Hanim





Murid menyampaikan hadiah peribadi kepada Pn. Rosmah

Sesi Bergambar 

Sesi Bersalaman


Kami mendoakan agar Pn. Rosmah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta di fasa persaraan ini. Selamat bersara!

Semoga persaraan ini menjadi titik permulaan baharu yang lebih tenang dan ceria. 
Jasamu tetap dalam kenangan."