Thursday, March 31, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE12 - SESI PETANG

GURU BERTUGAS ;

1. PN. ROSE HALINA BINTI JEDIN
2. PN. NASIBAH BINTI SAIRI
3. PN. RAJA IZZURINAWATI
4. EN. IBRAHIM BIN ZAINUDDIN

Perhimpunan sesi petang bermula pada jam 6.10 pm - 6.40 pm. Acara dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Seterusnya acara diteruskan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh adik Abdul Raziq. Ikrar Murid oleh adik Ainun Nisa, Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh adik Nor Sofea Nadia. Ikrar Rukun Negara dibaca oleh Pn. Rose Halina.

Ucapan guru bertugas minggu lepas, menekankan mengenai kebersihan diri dan peraturan disiplin sebagaimana yang terdapat dalam buku disiplin sekolah.

Ucapan guru bertugas, tema mengenai akhlak mulia dikaitkan dengan akhlak dan adab berkata-kata dengan guru dan rakan, adab di dalam kelas ketika guru mengajar. Murid diminta untuk merujuk buku disiplin sekolah sebagai panduan.

Seterusnya acara diteruskan dengan  penyampaian kek hari lahir murid yang jatuh pada bulan mac dan penyampaian sijil kepada  adik Nuradriana Batrisyia dalam acara pertandingan bercerita Bahasa Melayu yang diwakilinya ada hari rabu minggu lepas.

Ucapan PK Petang, Pn. Safinar Azura mengingatkan murid supaya perbanyakkan minum air masak dan diberi kelonggaran kepada murid lelaki dalam keadaan cuaca panas sebegini untuk tidak memakai tali leher.

Acara perhimpunan berakhir dengan lagu Malaysia Berjaya.












Laporan di sediakan oleh ;

Pn. Nasibah binti Sairi,
Guru bertugas posting blog minggu ke-12

Tuesday, March 29, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE - 12

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE - 12

TARIKH       : 28 MAC 2016
MASA          : 7.30 - 8.00 PAGI
TEMPAT      : DATARAN PERHIMPUNAN SKPM

SENARAI NAMA GURU BERTUGAS SESI PAGI

  1. PN. WAN SARINAH
  2. EN. NORDIN
  3. PN. SITI FADHILAH
  4. PN. NONI
  5. PN. SUGUNAH

AKTIVITI

  1. PENGERUSI MAJLIS : PN. WAN SARINAH
  2. NYANYIAN  : LAGU NEGARAKU, NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH
  3. BACAAN DOA : PENGAWAS SEKOLAH
  4. BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA ; PN. WAN SARINAH
  5. BACAAN IKRAR SEKOLAH DAN IKRAR PENGGUNA JALANRAYA : PENGAWAS SEKOLAH.
UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
  1. KEHADIRAN MASIH TIDAK MEMUASKAN.
  2. KEBERSIHAN TIDAK MEMUASKAN TERUTAMA BILIK DARJAH ( TINGGALKAN SAMPAH DI BAWAH MEJA )
UCAPAN GURU BERTUGAS
  1. AKHLAK MURID TERHADAP MURID SEMAKIN BERKURANG.
  2. AMALKAN TABIAT MEMBERI SALAM KEPADA GURU DAN SESAMA MURID.

  • PERHIMPUNAN DI TERUSKAN DENGAN PEMBERIAN ANUGERAH KECERIAN KELAS, 

  • PROGRAM GURU PENYAYANG JUGA TURUT DILAKSANAKAN IAITU PEMBERIAN "CUPCAKE" KEPADA MURID YANG MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN MAC.


  • PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA ANIS SAFIYAH BT  HILMI YANG MEMENANGI TEMPAT KE LAPAN DALAM PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT DAERAH SEPANG 2016
  • SETERUSNYA MENYAMPAIKAN SIJIL PENYERTAAN " KEM KETUA PETROL DAN ENAM SEKAWAD'

SETERUSNYA PK HEM PN.NORAIZAH MEMBERI SEDIKIT PERINGATAN KEPADA SEMUA MURID.
  1. MENGINGATKAN KES BULI ( MURID SEKOLAH YANG DIBULI POTONG LIDAH). BELIAU MENEKANKAN BAHAWA KES BULI ADALAH KES BERAT DAN BOLEH DIPENJARAKAN.
  2. PASTIKAN SEMUA MURID SUDAH ADA LENCANA.
  • PERHIMPUNAN DITANGGUHKAN DENGAN NYAANYIAN MALAYSIA BERJAYA

  • .















Sunday, March 27, 2016

OPERASI SPOT CHECK DISIPLIN MURID

Tarikh: 24/3/2016 sesi pagi , 25/3/2016 sesi petang
Hari  : Khamis , Jumaat
Masa: 7.15-7.30 pagi, 6.25-6.40 petang
Tempat: Dataran SKPM
Anjuran: Unit Disiplin SK. Pulau Meranti

Alhamdulillah..unit disiplin SK. Pulau Meranti telah berjaya menjalankan operasi spot check dikalangan murid tahun 1 hingga tahun 6 termasuk pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama guru kelas dan guru matapelajaran. Tujuan operasi spot check ini dilakukan bagi mengenalpasti murid yang tidak mematuhi peraturan dan disiplin sekolah dari aspek penampilan dan kekemasan diri merangkumi rambut, kuku, tanda nama, lencana sekolah serta barang/benda yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. Hasil dapatan operasi mendapati terdapat murid sesi petang telah membawa barang yang tidak dibenarkan ke sekolah.Murid-murid ini telah  dikenakan tindakan amaran kali pertama oleh pihak lembaga disiplin sekolah dan diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor sekolah. Semua murid diingatakan agar sentiasa patuh dengan peraturan dan disiplin sekolah. Setiap kesalahan yang dilakukan akan direkodkan untuk tindakan susulan oleh lembaga disiplin sekolah.Semoga operasi spot check ini dapat membentuk peribadi dan penampilan kekemasan murid seterusnya mengingatkan murid agar sentiasa menjadi murid yang berdisiplin.

LENSA KAMERA SEPANJANG OPERASI SPOT CHECK .....
Peringatan disiplin 



murid tahun 1 sedang diperiksa kukunya

semua murid diarah untuk meletakkan jari dimulut

guru sesi pagi bersedia menjalankan tugas

murid bersedia untuk diperiksa

guru sesi petang menjalankan operasi



Disediakan oleh,
AINUL FATHIAH BINTI MUHD FAUZI
Ketua Guru Disiplin
SK. Pulau Meranti, Puchong



Tuesday, March 22, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11 SESI PETANG


Tarikh   : 21 Mac 2016
Masa    : 6.20 - 6.50 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM.


Guru bertugas sesi petang:
1. Pn. Nor Rasheedah Binti Mustaffa
2. Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
3. Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
4. En. Mohd. Reza Feelaqiz Bin Shauri


Aktiviti:
 1. Pengerusi Majlis : Pn. Nor  Rasheedah Binti Mustaffa
 2. Nyanyian : Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
 3. Bacaan Doa
 4. Bacaan Ikrar Rukun Negara : Pn. Nor Rasheedah Binti Mustaffa
 5. Bacaan Ikrar Sekolah dan Ikrar Pengguna Jalanraya : Pengawas bertugas
 6. Ucapan Guru Bertugas: Menjaga Keselamatan Diri
 7. Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Februari
 8. Pemberian sijil kepada murid yang menyertai kejohanan akuatik  iaitu Intan Anaqah (2 Gemilang).







Laporan disediakan oleh:
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

Monday, March 21, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11 SESI PAGI

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11

Tarikh : 21 Mac 2016
Masa : 7.30- 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM.

Guru bertugas sesi pagi:

1. En.Mohammad Helmi Bin Jumri
2. Pn. Norsaliza bt Abdul Ghani
3. Pn. Salinda Bt Kadri
4. Cik Nadiah

Aktiviti:

 1. Pengerusi majlis :Pn. Norsaliza Binti Abdul Ghani
 2. Nyanyian : Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
 3. Bacaan Doa: Pengawas Sekolah
 4. Bacaan Ikrar Rukun Negara : Pn. Norsaliza Bt Abdul Ghani
 5. Bacaan Ikrar Sekolah dan Ikrar Pengguna Jalanraya : Pengawas Sekolah

 6. Ucapan Guru Bertugas Sebelum Cuti:
      Pn. Nirawaty menngingatkan murid-murid supaya datang awal ke sekolah dan sentiasa menjaga
       keselamatan diri semasa berada di kawasan sekolah

 7. Ucapan Guru Bertugas:
       Pn. Norsaliza menerangkan kepentingan menjaga kesihatan diri dengan cara bersenam dan
       amalkan gaya pemakanan yang seimbang.Beliau juga menyatakan faedah-faedah lain yang
       diperolehi apabila bersukan.
 
 8. Perhimpunan terpaksa ditangguhkan untuk program mentor mentee di dalam kelas
      masing-masing.

Disediakan oleh;
Guru Bertugas Minggu ke-11

Gambar(Perhimpunan Rasmi)

Ucapan Guru Bertugas Mingguan


                                                                               Ucapan Guru Bertugas Minggu Lalu


Gambar (Program Mentor -Mentee)



Sunday, March 13, 2016

Jadual Kelas Tambahan Cuti Sekolah Tahun 6


KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH BULAN MAC


TARIKH/HARI
KUMPULAN
8.00 – 10.00
10.00 – 10.20
10.20 – 12.15
14 MAC 2016
ISNIN
KUMPULAN  1
BM : PN. SITI JUITAH
REHAT
BI :  EN. AMIR
KUMPULAN  2
BM : PN. NONI
BI : PN. NORHAFIZAH
KUMPULAN  3
BM : PN. SALINDA
BI : PN. NIRAWATY
KUMPULAN  4
BM : EN. NORDIN
BI : PN. ROSE HALINA

15 MAC 2016
SELASA
KUMPULAN  1
MT :PN. SURIATIE
REHAT
SN : PN. HAYATI
KUMPULAN  2
MT :EN. YUSNIZAN
SN : EN. DAUD
KUMPULAN  3
MT :EN. GOPI
SN : PN. NORSALIZA
KUMPULAN  4
MT :EN. IBRAHIM
SN : PN. RIZA

Thursday, March 10, 2016

LAPORAN PERHIMPUAN MINGGUAN - MINGGU 10

Tarikh : 7 Mac 2016
Masa : 6.20 - 6.50 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas :
1. Pn. Y. Nuryati bt Abu Bakar
2. Pn. Saliza binti Ahmad Salleh
3. Pn. Nordiana bt Aminuddin
4. En. Adnan Bin Zainuddin
Aktiviti :
1. Pengerusi majlis oleh Pn.Y. Nuryati
2. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah
3. Bacaan doa oleh adik Adham Fahmi B Yusnizan
4. Ikrar Rukun Negara dibaca oleh En. Adnan
5. Ikrar murid & Keselamatan Jalan Raya dibaca oleh adik Aiza Aryana
6. Ucapan Guru bertugas
    * Tema minggu ini ialah mengisi masa lapang
    * Murid-murid digalakkan membaca buku pada waktu lapang
7. Pelancaran Bulan PSS & NILAM. Penyampaian hadiah NILAM kepada pembaca terbanyak iaitu Ablen Eusof (3G)
8. Penyampaian hadiah hari lahir kepada murid-murid yang menyambut hari lahir dalam bulan Mac.
9. Makluman tentang Ujian Formatif 1 yang  akan berlangsung dari 8 Mac hingga 10 Mac.


Wednesday, March 9, 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN MINGGU PSS 2016

'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pendidikan yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. 

Alhamdulillah... Pada 7 Mac 2016, jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan program ini di peringkat sekolah. Sesi pagi telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azmin Bin Atan ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran) manakala bagi sesi petang pula telah disempurnakan oleh Puan Safinar Azura Binti Salleh @ Salim (Guru Penolong Kanan Petang). 

Antara aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah;
  1. Anugerah Sudut Bacaan Kelas ( Tahap 1 & 2)
  2. Pertandingan Mewarna Kulit Buku
  3. Pertandingan Membaca Sipnosis Cerita
  4. Pertandingan Menulis Sipnosis Cerita
  5. Pertandingan  Jejak Maklumat 
  6. Pertandingan Literasi Maklumat

Gambar aktiviti sepanjang pelancaran Program Nilam


Guru-guru menyanyikan lagu NILAM.

Gimik pelancaran NILAM.

Perasmi Pelancaran NILAM dan minggu PSS.

Banting Pelancaran NILAM.

Nyayian lagu NILAM oleh murid-murid sesi petang.

Puan Safinar Azura merasmikan pelancaran NILAM bagi sesi petang.

Penerima anugerah pembaca bagi sesi petang.



Disediakan Oleh;
Puan Yusnur Aida Binti Yusof

Tuesday, March 8, 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 2016

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepadaNYA yang telah memperkenankan doa kami agar segala perancangan yang diatur sejak berminggu lalu berjaya dilaksanakan. Seperti dirancang, pada 5 Mac 2016 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Pulau Meranti telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41.

Seperti yang dijangka, waris mula datang seawal 7.45 pagi walaupun dalam surat jemputan dimaklumkan pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Kehadiran waris adalah kurang memuaskan memandangkan ada kematian di Kampung Pulau Meranti pada hari kejadian. Mujurlah ahli jawatankuasa yang dimandatkan untuk menjaga kaunter pendaftaran datang lebih awal untuk membuat persiapan terakhir di kaunter pendaftaran.

Mesyuarat Agung kali ini dirasmikan YB Tuan Shahrum Bin Dato’ Hj. Mohd Shariff. Seusai memberi sedikit gambaran kasar mengenai sekolah dan perubahan sistem pendidikan semasa dalam ucapannya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41. Sebelum beliau meninggalkan majlis, disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan, beliau telah menyumbang RM5,000, dimana RM3,000 untuk projek dataran berbumbung, dan RM2,000 pula sumbangan untuk tabung PIBG.

Sebelum berlangsung Mesyuarat Agung, Tuan NYDP, Datuk Hasnan Bin Abdullah telah meminta diri untuk meninggalkan majlis kerana ada program yang memerlukan kehadiran beliau. Beliau dengan berbesar hati telah berjanji untuk memberikan sumbangan RM5,000 untuk projek dataran berbumbung.

Mesyuarat Agung kali ini dipengerusikan oleh YDP PIBG, Datuk Hj Mohd Mahzan Bin Tamyiz. Beliau berjaya mengendalikan dan memimpin mesyuarat dengan lancar dan terkawal. Banyak hal telah dibincangkan sepanjang mesyuarat berlangsung. Mesyuarat telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga SK Pulau Meranti yang memberikan kerjasama dan komitmen tidak berbelah bahagi demi menjayakan majlis ini.

Gambar Aktiviti: