Tarikh: 2/11/2026
Masa : 1.00-1.30 petang
Tempat : Anjung Meranti
Guru Bertugas :
Tarikh: 2/11/2026
Masa : 1.00-1.30 petang
Tempat : Anjung Meranti
Guru Bertugas :
Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 2.00 – 5.00 petang Tempat: Dashbox Hotel, Cyberjaya
Memperkukuh Kepimpinan, Menjalin Ukhuwah, Mencipta Kenangan
Pada 24 Oktober 2026 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menganjurkan Majlis Jamuan Badan Kepimpinan SK Pulau Meranti bertempat di Dashbox Hotel, Cyberjaya, bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada barisan badan kepimpinan sekolah atas komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan dalam membantu melancarkan pelaksanaan pelbagai aktiviti serta program sekolah. Penganjuran majlis ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dalam suasana yang santai, mesra dan penuh kemeriahan.
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran tetamu, diikuti dengan bacaan doa bagi memberkati perjalanan majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Pulau Meranti yang menyampaikan penghargaan dan kata-kata motivasi kepada semua yang hadir. Para tetamu kemudian menikmati jamuan makan sambil beramah mesra dalam suasana yang harmoni dan ceria.
Kemuncak majlis diserikan dengan persembahan yang menghiburkan serta sesi penyampaian hadiah dan hamper kepada para penerima. Pengiktirafan turut diberikan menerusi anugerah Pakaian Tema Terbaik bagi murid lelaki dan perempuan, di samping kategori guru lelaki dan guru perempuan. Penghargaan ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti dan keunikan penampilan para peserta, malah menambahkan lagi kemeriahan majlis.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersama sebelum semua tetamu bersurai. Setiap detik yang tercipta menjadi kenangan bermakna yang diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuh hubungan dalam kalangan warga SK Pulau Meranti.
Lensa Kamera:
Semoga penganjuran majlis seumpama ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kepimpinan yang cemerlang, semangat kerja berpasukan yang kukuh serta hubungan yang erat antara semua pihak. Sesungguhnya, penghargaan yang diberikan merupakan tanda pengiktirafan terhadap setiap usaha dan komitmen yang dicurahkan demi kecemerlangan sekolah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Jamuan Badan Kepimpinan SK Pulau Meranti 2026. Semoga semangat kepimpinan, kerjasama dan kebersamaan ini terus mekar demi merealisasikan aspirasi sekolah yang cemerlang.
SK Pulau Meranti — Bersama Melakar Kecemerlangan.
Program Suai Kenal Murid Tahun 1 Sesi 2027 telah dilaksanakan pada 24 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti (SKPM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada Ibubapa tentang persekitaran pembelajaran, rutin persekolahan serta persediaan menghadapi sesi pembelajaran tahun 2027.
Melalui program ini, Ibubapa berpeluang mengenali suasana pembelajaran yang baharu dan memahami peraturan sekolah. Program ini juga diharapkan ibubapa membimbing anak supaya menyesuaikan diri dengan perubahan dari segi pembelajaran, tanggungjawab dan interaksi sosial bersama guru serta rakan-rakan.
Semoga program suai kenal ini menjadi langkah awal dalam membentuk murid yang berkeyakinan, berdisiplin, berdikari dan bersedia untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta sahsiah
![]() |
| Menyambut kehadiran Ibubapa di pintu pagar |
![]() |
| Kaunter Pendaftaran |
![]() |
| Kaunter Pembayaran |
![]() |
| Bilik Penyemakan Fail Dokumen Murid Tahun 1 Sesi 2027 |
![]() |
| Pengacara Majlis memastikan kelancaran program |
![]() |
| AJK PA System |
![]() |
| Bacaan Doa dipimpin oleh Ust Muhamad Farhan Bin Mohd Ali |
![]() |
| Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKPM En. Khairil Anuar Bin Othman |
![]() |
| Ucapan Taklimat Pengurusan Sekolah & Kurikulum oleh PK Pentadbiran Pn. Siti Fairuza Binti Asmungi |
![]() |
| Taklimat Program Transisi Tahun 1 disampaikan oleh En. Norazli Bin Mohd Zahidin |
![]() |
| Taklimat Peraturan Sekolah disampaikan oleh Pn. Fauziah Binti Solehuddin, PK HEM |