Friday, January 24, 2020

Perjumpaan Unit Beruniform kali 3 (2020)

Hari: Rabu
Tarikh:22.01.2020
Masa: 7.30-8.30 pagi
             1.20 -1.20 ptg
Tempat/ Aktiviti:
               1) TKRS: Kelas 5C(Kawad kaki)
               2) PPIM: Tahun 6G(Kolaj logo PPIM)
               3) PPK  : Kelas 5G dan dataran 
                                Berbumbung (Mengenali
                                Sekawan)
               4) BBSM:Kelas 6C ( Ikrar BBSM)
               5) PPPT : Makmal komputer (Ikrar)


















KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEPANG 2020

Pada hari Rabu, 22 Januari 2020 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang (MSSD) 2020 yang telah diadakan di Pantai Bagan Lalang. SK Pulau Meranti telah menghantar pasukan sekolah yang diketuai oleh Encik R. Gopi dan Puan Nurhafizah Bt. Udin. Seramai 12 orang murid menyertai kejohanan ini.

Alhamdulillah, pasukan sekolah yang juga dikenali dengan nama Meranti Runners telah berjaya sekali lagi mengulangi kemenangan pada tahun 2019 dengan merangkul piala Juara Keseluruhan Sekolah Rendah pada tahun ini. Bagi kategori lelaki L12, pasukan sekolah sekali lagi merangkul kemenangan dengan menjadi Johan. Manakala bagi kategori perempuan P12 pula, pasukan sekolah sekali lagi mendapat tempat Naib Johan

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah bersungguh - sungguh sepanjang kejohanan untuk mengulangi kejuaraan pada tahun ini. Syabas juga kepada pengurus pasukan yang telah bertungkus - lumus dan mengorbankan masa melatih peserta. Latihan untuk merentas desa ini telah bermula dari bulan Disember 2019. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada dua orang jurulatih khas pasukan Meranti Runners iaitu Encik  Izran Maswan Bin Ismail dan Encik Mohamad Saiful Bin Zainon @ Zainun yang juga pegawai SMART. Kesungguhan mereka melatih peserta sangat banyak membantu untuk mengulangi kejuaraan untuk tahun ini.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pentadbir sekolah (Puan Siti Habsah, Encik Mohd Azmin, Datin Nora dan Datin Noraizah) yang telah memberi sokongan dan nasihat untuk menyertai kejohanan ini. Terima kasih juga kepada YDP PIBG sekolah, Encik Azwan Hazle Bin Aminuddin, Encik Amir Ahmad Shah Bin Meor Nordin dari Syarikat Amir A S Teguh kerana telah menaja jersey pasukan sekolah pada tahun ini. Jutaan terima kasih kepada Encik Zainal Bin Ahmad Arif yang menguruskan penajaan jersey pasukan sekolah. Dengan izin Allah, pasukan sekolah akan cuba untuk mengekalkan kejuaraan pada tahun akan datang.


KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD 2020

PESERTA L12
TEMPAT KE
KHAIRUL WAFIY BIN IZRAN MASWAN
3
MOHAMAD AZRAEI IMAN BIN HAZARUL
8
ADAM IMAN BIN FAUZI
10
MUHAMMAD SAIFULLAH BIN HASIM
17
MOHAMAD FARISH IMAN BIN MOHAMAD SAIFUL
29
FAYYADH WIJDAN BIN ISMAIL
83
PESERTA P12
TEMPAT KE
INTAN ANAQAH BT INDERADIN
4
NURZUHAYRA BT MOHD ZAHRAN
14
NURAMIENA ANIS BT ROZLAN
24
NOR ALIESYA INSYIRAH BT MOHD RIDUWAN
52
NUR WAFA AISY BT ABDULLAH
53
NUR FARAH ASYIQIN BT MOHD NORDIN
54

Peserta melakukan senaman pemanasan badan sebelum kejohanan bermula


















Foto sebelum kejohanan bermula




Bersiap - sedia untuk larian




Larian telah bermula



Foto sekitar pengumuman tempat ke-10 hingga tempat pertama





Naib Johan Berkumpulan Kategori P12


Johan Berkumpulan Kategori L12


Juara Keseluruhan Sekolah Rendah sekali lagi




Foto santai bersama pengurus pasukan dan jurulatih khas















Jersey yang telah ditaja oleh YDP PIBG SK Pulau Meranti, Encik Azwan Hazle Bin Aminuddin dan Encik Amir Ahmad Shah Bin Meor Nordin dari Syarikat Amir A S Teguh. Jersey pasukan sekolah ini juga direka sendiri oleh pengurus pasukan sekolah, Encik R. Gopi dan Puan Nurhafizah Udin.