Wednesday, January 8, 2020

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 2 SESI PETANG

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 2 SESI PETANG

Tarikh     :  6 Januari 2020
Tempat   :  Dataran Ilmu
Masa      :  3.40 pm- 4.10 pm


Guru Bertugas:

1. Pn. Saliza Binti Ahmad
2. Cik. Sulochana A/P Sivaselvam
3. Pn. Nor Izwah  Binti Abdul Aziz
4. Pn. Faiza Fitria Bt Che Mat


Aktiviti :

  • Pengerusi Majlis : Pn Saliza Binti Ahmad
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah ( Dipimpin oleh barisan pengawas)
  • Bacaan doa : Dibaca oleh saudara Mohd Akif Dzahin
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid : Diketuai oleh saudari Nur Amirah Safirah


Bacaan doa oleh saudara Mohd Akif Dzahin

Murid-murid menyanyi tiga buah lagu.

Bacaan Doa

Bacaan ikrar diketua oleh saudari Nur Amirah Safirah

Bacaan ikrar oleh murid-murid sesi petang



Pn Saliza sedang menjelaskan tentang peraturan pakaian sekolah.


Ucapan Guru Penolong Kanan Petang Pn Hjh Noraini

Ucapan Guru Bertugas:

1) Murid-murid dilarang sama sekali untuk berlari di kawasan sekolah.
2) Murid-murid perlu berpakaian lengkap setiap hari.
3) Pastikan murid-murid hadir sebelum pukul 1.20 petang
4) Waktu rehat perlu dipatuhi
5) Memastikan kuku dan rambut pendek.
6) Murid-murid lelaki wajib memakai tali leher pada hari Isnin.
7) Murid-murid perlu berpakaian PJ semasa aktiviti Pendidikan Jasmani

Ucapan GPK Petang.

1) PK Petang Pn Haj Noraini menekankan konsep memberi salam 
2) Murid dinasihatkan untuk makan makanan yang sihat dan setiap seorang membawa botol air
3) Pastikan murid-murid membawa buku mengikut jadual yang ditetapkan.

Majlis bersurai.

No comments: