Friday, September 29, 2023

CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH MURID (Murid Berdisiplin, Berakhlak dan Bermotivasi)

Pada hari ini Jumaat, 29 September 2023 Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Pengawas dengan kerjasama Unit HEM telah mengadakaan CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH MURID bertempat di Dewan SK Pulau Meranti. Ceramah ini bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Program ini diadakan untuk memberi sedikit motivasi dan menerapkan nilai kerohanian kepada murid-murid agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat serta memiliki peribadi yang unggul. Majlis ini dipengerusikan oleh Puan Suriatie Binti Che Lah dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Farhan Bin Muhamad Ali.Penceramah jemputan untuk majlis ini adalah Encik Muhammad Afandie Bin Yahaya dari SK Kampung Baharu Lanjut. 

OBJEKTIF

Membentuk akhlak moral dalam kalangan murid dan menjadikan apa yang disampaikan oleh penceramah sebagai pegangan dan amalan hidup. 

Memberi kesedaran kepada murid-murid akan tanggungjawab yang perlu dipikul terhadap diri sendiri, keluarga dan sekolah 

Merapatkan hubungan silaturrahim di antara murid-murid

SASARAN

Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6.

LENSA KAMERA


























Wednesday, September 27, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 25 SESI PAGI

 

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 25 SESI PAGI

TARIKH : 26 September 2023

MINGGU : 25

GURU BERTuGAS : 

1. En. Khiril Nizam

2. En. Muhammad Aliff Shah

3. Pn. Idayu

4. Pn. Nur Suzila

5. Pn. Sugunah Ramamoorthy


Tiada Perhimpunan RASMI - Disebabkan Cuti Peristiwa Sempena Sukan Tahunan SKPM

Pada 26 September 2023 & 27 September 2023, Klinik Kesihatan Salak mengadakan pemeriksaan kesihatan tahun 6 dan imunisasi tahun 1.
Pemeriksaan bagi murid tahun 1


Pemeriksaan bagi murid tahun 6


Tuesday, September 19, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 24 2023/2024

TARIKH         : 18 SEPTEMBER - 22  SEPTEMBER 2023

MINGGU       : KE-24

KUMPULAN : KUMPULAN 3 SESI PETANG


GURU BERRTUGAS:

  1. PN. NURSHAZWANI BINTI HAMZAH (KETUA)
  2. PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID
  3. PN. HANIZA BINTI KERIA@ZAKARIA
  4. PN. NORIZAN BINTI AYUB
  5. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF
  6. EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF




TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
  3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.
  4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.
  5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin dan Selasa manakala jam 5.50 petang bagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat.


PERHIMPUNAN DITANGGUHKAN, BERI LALUAN LATIHAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE 55


Latihan sukaneka Tahun 2

Latihan sukaneka Tahun 2


Latihan sukaneka Tahun 1


Murid diberi taklimat sukaneka.


Murid berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing.


Demo latihan sukaneka oleh guru.


Latihan sukaneka Tahun 1

Latihan sukaneka Tahun 1


Latihan sukaneka Tahun 2



LENSA KAMERA

Kehadiran murid


Murid berkumpul di dataran berbumbung sebelum masuk ke kelas.


Penyuraian balik murid


Murid beratur mengikut kelas masing-masing.


Murid menunggu van sekolah.


Murid menunggu ibu bapa.



Sunday, September 17, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 23 2023/2024

TARIKH              : 11 SEPT -  15 SEPT 2023

MINGGU             : KE-23

KUMPULAN       : KUMPULAN 2 

TEMA                   : BUDAYA MEMBACA


Guru Bertugas:

1. Pn. Shurainee Hanim binti Mohamad Nor (Ketua)

2. Pn. Y. Nuryati  binti Abu Bakar

3. Tuan Haji Sofian bin Abdullah 

4. Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fattah

5. Pn. Nasibah binti Sairi

6. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani




TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu pagar sekolah bermula jam 12.30 tengah hari. 

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi guru mata pelajaran terakhir.

4. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan. 

5. Tiada Perhimpunan pada minggu ini kerana latihan sukaneka diadakan.


Waktu datang 

Murid Tahun 2 di kantin

Murid Tahun 1 di dataran

Waktu rehat

Waktu pulang


Latihan Sukaneka dan Larian Tahun 1 dan 2: