Monday, September 11, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 23 SESI PAGI

Tarikh : 11 September 2023

Minggu : 23

Tema : Budaya Membaca

GURU BERTUGAS

1. Puan Maziana binti Mustaffar

2. Puan Norjaya binti Sumaleh

3. Puan Suriatie binti Che Lah

4. Encik Mohammad Faiz bin Jamaluddin

5. Cik Khairunisa Syazrin


Perhimpunan dipengerusikan oleh Noor Eleesya Nabilla binti Yusof ( 6 Dahlia ) 



Nyanyian dikendalikan oleh Fifie Mellydia dan Nur Dina Shafiyah ( 5 Saga )


Bacaan doa oleh Muhammad Akif Dzahin bin Hasniruddin ( 6 Dahlia )



Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Noor Eleesya Nabilla binti Yusof ( 6 Dahlia )


Bacaan ikrar murid  oleh Afif Hazriq bin Azwan Hazle ( 6 Dahlia )


Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nurhafizah  binti Udin

- Beliau menyatakan disiplin murid semasa waktu balik semakin bagus, Murid-murid tidak lagi bermain lari-lari semasa menunggu ibubapa atau van sekolah sampai.

- Beliau juga menegur tentang kebersihan dalam kelas kerana masih ada lagi kelas yang tidak menyapu sampah menyebabkan kelas dipenuhi dengan sampai di lantai. Justera beliau berharap kerjasama daripada semua murid supaya menyapu sampah setiap hari.

- Beliau juga mengingatkan kepada semua murid agar menjaga kebersihan di kantin dengan membuang sampah atau sisa makanan ke dalam  tong sampah selepas makan dan jangan tinggalkan di atas meja. 

- Murid perempuan terutamanya diingatkan supaya menjaga kebersihan  tandas dengan  membuang benda yang sepatutnya dalam tong sampah dan bukannya membuang di merata rata tempat.


Ucapan guru bertugas pada minggu ini oleh Pn. Maziana

- Menyatakan tema pada minggu ini iaitu budaya membaca

- Murid perlu membaca untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan untuk menambahkan ilmu

- Murid juga digalakkan memperbanyakkan pembacaan buku dan membuat nilam untuk membolehkan murid mendapat anugerah tokoh nilam pada sesi akhir persekolahan nanti.

- Murid boleh mendapatkan bahan bacaan dalam pelbagai bentuk seperti buku, melalui online dan lain-lain.

- Murid diingatkan menggunakan masa terluang dengan aktiviti membaca buku.


Ucapan Guru Kaunseling oleh Pn. Sugunah

- Murid digalakkan menjadikan amalan membaca sebagai hobi.

- Banyak kebaikan yang murid akan dapat melalui pembacaan seperti menambah ilmu, dapat tahu isu semasa, memperbaiki bahasa, kenal banyak kosa kata baharu.

- Menjelaskan sebab murid-murid tidak minat dengan membaca kerana terpengaruh dengan gadget. 

- Menyatakan banyak kebaikan gadget jika digunakan dengan baik. Murid boleh mendapatkan sumber bacaan melalui e-library untuk pinjaman buku dan lain-lain.

- Antara keburukan gadget ialah boleh menyebabkan seseorang menjadi malas untuk membaca. Kesihatan merosot seperti badan menjadi lemah kerana tidak ada exercise, penglihatan terjejas dan  boleh merosakkan urat saraf.


Ucapan guru penolong kanan pentadbiran Pn. Rosmah binti Jamat.

- Beliau menegaskan kepada semua murid supaya bersemangat semasa menyanyikan 3 buah lagu. 

- Menyatakan bahawa latihan sukan akan bermula pada hari ini dan mengingatkan kepada semua murid tidak pergi ke tandas beramai-beramai.

- Guru rumah sukan perlu memastikan murid duduk setempat dan jangan duduk merata-rata.

- Murid perlu membawa botol air ke padang.

- Akhir ucapan beliau memperkenalkan guru dan PPM yang baharu.

LENSA KAMERA




UCAPAN SALAM PERKENALAN DARIPADA GURU DAN PPM BAHARU

 

   

Disediakan oleh Pn. Maziana








































No comments: