Tuesday, March 10, 2020

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 11 (SESI PAGI)

TARIKH : 9 MAC 2020
MASA    : 7.20 PAGI HINGGA 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN


GURU BERTUGAS SESI PAGI :

  • PN IDAYU
  • EN RIDZUAN AMIR
  • PN NURHAFIZAH UDIN
  • PN CHE MARIAH BINTI NGAH
  • CIK SITI ANIQAH BINTI SAINEH

AKTIVITI


  • Pengerusi Majlis : Pn Idayu
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh Nor Amalin Adriana (5G) dan Alisha Faiqah (5G)
  • Bacaan doa : Khairul Akmal
  • Ikrar Rukun Negara : Pn Idayu
  • Ikrar Murid : Nur Zuhayra







  • Ucapan Guru Bertugas
    • Ucapan disampaikan oleh Pn Idayu.
    • Tema pada minggu ini ialah 'Yang tua dihormati, Yang muda disayangi.
    • Pn Idayu mengingatkan murid-murid agar sentiasa menghormati orang yang lebih tua terutama orang yang lebih tua di dalam kawasan sekolah.
    • Murid-murid yang lebih senior juga dinasihati agar sentiasa menjaga dan membantu murid yang lebih muda
    • Murid didorong untuk menyebut contoh perbuatan yang menunjukkan murid menghormati orang yang lebih tua.
    Ucapan Guru Pusat Sumber Sekolah



    • Ucapan disampaikan oleh Pn Nirawati.
    • Pn Nirawati memberi makluman kepada murid mengenai sudut Nilam yang telah di sediakan oleh unit PSS.
    • Beliau juga mengingatkan peraturan yang perlu murid patuhi sewaktu menggunakan sudut Nilam tersebut.
    • Beliau mengharapkan agar murid dapat melaksanakan program Nilam dengan sebaiknya.
    Perasmian Pelancaran Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
    • Ucapan disampaikan oleh Pn Suriati.
    • Program Pertandingan tersebut akan berlangsung bermula bulan Mac sehingga Ogos.
    • Objektif program ini dijalankan antaranya adalah bagi memupuk dan menanam sikap tanggungjawab murid-murid terhadap kelas mereka masing-masing. 
    • Kelas yang kondusif dapat membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid.
    • Program dirasmikan oleh Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti.


    Majlis Penutup Bulan Bahasa Melayu
    • Pengerusi Majlis : Pn Norazmah
    • Persembahan Murid : Nur Neillysa Ilyani & Noorakmal
    • Majlis penutupan Bulan Bahasa Melayu disempurnakan oleh Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti dengan menggulung semula bunting pelancaran perasmian dan melafazkan beberapa rangkap pantun.

     
    Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.00 pagi.

    LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG (MINGGU KE 11)

    Tarikh   : 9 Mac 2020
    Hari      : Isnin
    Tempat : Dataran Berbumbung
    Masa    : 3.40-4.10 petang

    Guru Bertugas :

    • Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
    • Dr Shamsiah binti Daud
    • Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan

    Pengerusi Majlis : Nur Malika Maritza (3 Dahlia)

    Aktiviti Minggu Ini  :

    1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
    2) Bacaan doa : Akif Dzahin bin Hasniruddin (3 Mawar)
    3) Ikrar Rukun Negara : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
    4) Ikrar Murid : Nur Amirah Safirah (3 Mawar)

    5) Ucapan Guru Bertugas 
    • Disampaikan oleh Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
    • Tema : Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi
    • Menghormati orang yang lebih tua seperti ibubapa dan guru-guru. Mendengar teguran dan nasihat yang yang diberikan oleh ibubapa dan guru-guru.
    • Manakala yang muda hendaklah sentiasa dikasihi dan disayangi, Tidak membuli murid yang lebih muda atau murid yang lemah. 

    6)Ucapan Guru Disiplin
    • Tiada

    7)Ucapan  Penolong Kanan Petang
    • Disampaikan oleh Pn Hajjah Nor Aini binti Mohd Bahari.
    • Memandangkan virus Covid19 makin menular, murid diingatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus ini. 
    • Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya membasuh tangan lebih kerap dan memakai topeng muka sekiranya perlu.
    • Murid yang bercadang bercuti ke luar negara sewaktu cuti penggal nanti diminta kuarantin dan mengambil langkah berjaga-jaga. 
    • Guru Penasihat dan ahli-ahli Kelab Doktor Muda diminta agar membuat persediaan bagi menunjukkan cara penjagaan virus Covid 19 kepada semua murid bagi menghindari penyakit dari berjangkit.

    8)Hal-hal Lain
    • Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Penutupan Bulan Panitia Bahasa Melayu oleh Pn Hajjah Nor Aini binti Mohd Bahari
    • Majlis Pelancaran Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Sesi 2020.

    LENSA KAMERA

    Pengerusi majlis : Nur Malika Maritza 

    Bacaan Doa : Akif Dzahin

    Ikrar Rukun Negara : Pn Nor Rashedah

    Ikrar Murid : Nur Amirah Safirah

    Ucapan Guru Bertugas : Pn Nor Rashedah

    Persembahan Sempena Penutupan Bulan Panitia
    Bahasa Melayu

    Pelancaran Pertandingan Kebersihan & Keceriaan
    Oleh Ustazah Nor Izwah

    Perasmian Pelancaran Pertandingan
     Kebersihan & Keceriaan oleh PK Petang


    Ucapan PK Petang : Puan Hajjah Nor Aini

    Para Murid Sesi Petang : Tahun 2 & 3

    Barisan Para Pendidik Sesi Petang 



    Monday, March 9, 2020

    Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 45 / 2020

    SABTU 7 MAC 2020, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKPM Kali Ke-45 bertempat di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti bermula jam 8.00 pagi.









    Ibu bapa / penjaga, guru dan AJK PIBG mula mendaftar seawal jam 7.30 pagi. 



    Ketibaan YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah Ahli Dewan Negeri Dengkil.


    Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, manakala bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Sofian bin Abdullah.



    Ucapan Pn. Siti Habsah , Guru Besar SKPM          Ucapan YDP PIBG, En. Azwan Hazle bin Aminuddin

    Ucapan Perasmian YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah Ahli Dewan Negeri Dengkil.

    Gimik Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 45/2020



    Penyampaian Cenderahati kepada YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah 







    Pada jam 10.30 pagi, mesyuarat agung PIBG dimulakan. Berikut adalah agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45:

    Ucapan YPD PIBG
    Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 oleh Setiausaha, En. Mohd Helmi bin Jumri.
    Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020.
    Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2019 oleh En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki.
    Membahaskan usul-usul bertulis.
    Pembubaran AJK PIBG 2019/2020.
    Melantik Pengerusi sementara (Sebulat suara telah melantik Guru Besar).
    Memilih AJK PIBG sesi 2020/2021.
    Ucapan Penangguhan

    Berikut merupakan senarai AJK PIBG sesi 2020/2021:

    YDP
    En. Azwan Hazle bin Aminuddin

    NYDP
    En. Helmi bin Isa

    Setiausaha Kehormat
    En. Mohd Helmi bin Jumri

    Bendahari Kehormat
    En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki

    Juru Audit (1)
    Pn. Noor Rashedah bt Mustafa

    Juru Audit (2)
    En. Rahim bin Salakin

    AJK Ibu Bapa
    Pn. Emilza bt Fuad

    Pn. Zubaiti Mastura bt Zubit

    Pn. Suzila bt Zainal Abidin

    En. Muhamad Haniff bin Abdul Rani

    En. Norazli bin Osman Basah
    En. Muhamad Fauzi bin Ahmad

    AJK Guru
    Tn. Hj. Sofian bin Abdullah

    En. Gopi a/l Rangaya

    Pn. Diana bt Mohd Yusoff

    Pn. Norsuzila bt Bharudin

    Pn. Rabiatul Adawidyah bt Idris

    Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG sesi 2020/2021 atas lantikan tersebut.