Monday, March 2, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-10 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 3 Mac 2020
Masa     : 7.30 hingga 8.30 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  • Pn. Norhanim bt Ismail
  • Pn. Suzila bt Bharuddin
  • Pn. Norazmah bt Che Omar
  • En. Nasrul Afiq



 

 Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis : Pn. Suzila
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Nur Raihanan (5G) dan Nor Amalin Adriana (5G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Adam Mikail (5G)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Suzila
  • Ikrar Murid : Batrisya Humayra (5G)










Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh Pn. Suzila
  • Tema pada minggu ini ialah "Syukur dan Tanggungjawab".
  • Pn. Suzila meminta murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. 
  • Beliau juga meminta murid menjaga kelakuan dan menjaga solat.



Ucapan Guru Disiplin

1.Ucapan disampaikan oleh Pn. Nor Diana Amiruddin.
2. Pn Diana mengular tentang kes buli yang berlaku antara murid Tahun 3 dan Tahun 4.
3. Beliau turut mengingatkan murid-murid tentang peraturan sekolah iaitu:
  • wajib pakai pas keluar apabila keluar kelas
  • wajib beratur
  • memotong rambut jika panjang (murid lelaki)
  • tidak boleh bawa pen, liquid papar atau marker pen
  • kuku kena potong
  • dilarang memakai jam smart watch
  • buli rakan
  • Program diteruskan dengan persembahan murid tahun 1 dengan sketsa Si Tanggang.
  • Kemudian, semua Pengawas Pusat Sumber menyanyikan lagu "NILAM".





Kuiz BM, PSS dan Kaunseling 
  • Dikendalikan oleh Pn. Norazmah, Pn. Nirawaty dan Pn. Sugunah.
  • Soalan yang dikemukan kepada  murid berkaitan Bahasa AMelayu, PSS dan Kaunseling serta pengetahuan am.
  • Murid-murid yang dapat menjawab soalan diberi roti sebagai ganjaran.




Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
  • Ucapan disampaikan oleh Datin Nora.
  • Beliau memaklumkan tarikh akhir bayaran baju sukan sebanyak RM16 pada hari Jumaat ini.
  • Beliau turut memaklumkan bahawa murid yang terlibat dengan peperiksaan di Sek Rendah agama dikecualikan daripada menghadiri aktiviti Kokurikulum.

Disiplin Murid: Baik dan Terkawal

No comments: