Tuesday, March 10, 2020

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 11 (SESI PAGI)

TARIKH : 9 MAC 2020
MASA    : 7.20 PAGI HINGGA 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN


GURU BERTUGAS SESI PAGI :

  • PN IDAYU
  • EN RIDZUAN AMIR
  • PN NURHAFIZAH UDIN
  • PN CHE MARIAH BINTI NGAH
  • CIK SITI ANIQAH BINTI SAINEH

AKTIVITI


  • Pengerusi Majlis : Pn Idayu
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh Nor Amalin Adriana (5G) dan Alisha Faiqah (5G)
  • Bacaan doa : Khairul Akmal
  • Ikrar Rukun Negara : Pn Idayu
  • Ikrar Murid : Nur Zuhayra







  • Ucapan Guru Bertugas
    • Ucapan disampaikan oleh Pn Idayu.
    • Tema pada minggu ini ialah 'Yang tua dihormati, Yang muda disayangi.
    • Pn Idayu mengingatkan murid-murid agar sentiasa menghormati orang yang lebih tua terutama orang yang lebih tua di dalam kawasan sekolah.
    • Murid-murid yang lebih senior juga dinasihati agar sentiasa menjaga dan membantu murid yang lebih muda
    • Murid didorong untuk menyebut contoh perbuatan yang menunjukkan murid menghormati orang yang lebih tua.
    Ucapan Guru Pusat Sumber Sekolah



    • Ucapan disampaikan oleh Pn Nirawati.
    • Pn Nirawati memberi makluman kepada murid mengenai sudut Nilam yang telah di sediakan oleh unit PSS.
    • Beliau juga mengingatkan peraturan yang perlu murid patuhi sewaktu menggunakan sudut Nilam tersebut.
    • Beliau mengharapkan agar murid dapat melaksanakan program Nilam dengan sebaiknya.
    Perasmian Pelancaran Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
    • Ucapan disampaikan oleh Pn Suriati.
    • Program Pertandingan tersebut akan berlangsung bermula bulan Mac sehingga Ogos.
    • Objektif program ini dijalankan antaranya adalah bagi memupuk dan menanam sikap tanggungjawab murid-murid terhadap kelas mereka masing-masing. 
    • Kelas yang kondusif dapat membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid.
    • Program dirasmikan oleh Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti.


    Majlis Penutup Bulan Bahasa Melayu
    • Pengerusi Majlis : Pn Norazmah
    • Persembahan Murid : Nur Neillysa Ilyani & Noorakmal
    • Majlis penutupan Bulan Bahasa Melayu disempurnakan oleh Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti dengan menggulung semula bunting pelancaran perasmian dan melafazkan beberapa rangkap pantun.

     
    Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.00 pagi.

    No comments: