Saturday, February 25, 2017

KURSUS KEPIMPINAN AJK TERTINGGI KELAB & PERSATUAN UNIT KOKURIKULUM


Pada Sabtu, 25 Februari 2017 Unit Ko Kurikulum telah berjaya melaksanakan Kursus Kepimpinan AJK Tertinggi Kelab & Persatuan Unit Kokurikulum.

TUJUAN PROGRAM
  • Untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pengetahuan kepada murid.
OBJEKTIF PROGRAM
  • Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri.
  • Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri.
  • Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pemimpin dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap murid apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.
TENTATIF PROGRAM
  • 8.00 pg     Pendaftaran
  • 8.30pg      Senaman Pagi
  • 9.00pg      Minum Pagi
  • 9.30pg      Slot 1 - Ceramah Kepimpinan Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa. (Ustaz Kharul Azuar b Ab Razak merupakan penceramah jemputan. Beliau merupakan guru agama dari Sekolah Kebangsaan Puchong Utama. Beliau juga merupakan Jurulatih Utama Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia).
  • 11.30pg    Slot 2 - Aktiviti LDK (Penulisan laporan)
  • 12.00tghr  Bersurai


LENSA KAMERA


Pendaftaran peserta



Senamrobik
Guru Besar turut serta membantu AJK Makanan

Murid beratur mengambil makanan.


Adik Adham Aiman mengetuai bacaan doa makan.

Peserta kursus sedang menjamu selera
Penceramah sedang menikmati hidangan ditemani oleh
Besar dan PK Kokurikulum.








Tayangan slaid.

Penceramah sedang menyampaikan ceramah beliau.


Peserta kursus aktif mengambil bahagian.

PK Koku menyampaikan cenderahati kepada penceramah.


Penyampaian sijil penghargaan.
Latihan Dalam Kumpulan.









Monday, February 20, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG MINGGU KE 8 (2017)

  • Tarikh      : 20 Februari 2017
  • Masa       : 3.40 - 4.10 petang
  • Tempat    : Dataran Ilmu

Guru Bertugas Sesi Petang:
  • En. Muhd. Zulhusni Bin Suhaimi
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  • Pn. Nordiana Binti Amiruddin
  • Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
  • Pn. Noor Rashedah Binti Mustaffa
Guru bertugas minggu ini.

Aktiviti
  • Pengerusi Majlis  : Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, & Lagu Sekolah
  • Dikendalikan oleh : Pn. Rose Halina Binti Jedin
  • Bacaan Doa : Adik Naqib Zakuan (3G)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  • Ikrar Murid : Adik Aina Haziqah Putri (3C)





Perhimpunan ditangguhkan kerana menjalankan Program Mentor-Mentee di bawah seliaan Unit Bimbingan & Kaunseling.


2W






LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE 8 (2017)

  • Tarikh     : 20 Februari 2017
  • Masa       : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat   : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  • En. Nordin bin Mat Hussin
  • Pn. Hayati binti Kamis
  • Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Pn. Sarifah bt Saini

Aktiviti 
  •  Pengerus Majlis : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
  • Bacaan Doa : Adam Harith bin Azwan Hazle (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Ikrar Murid : Adham Aiman bin Yusnizan (6G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Muhammad Aniq bin Amin (6G)
Bacaan Ikrar Rukun Negara: En. Nordin

Pengawas Bertugas

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:

  1. Laporan disampaikan oleh YM Raja Izurinawati bt Raja Shukri Amrun.
  2. Murid-murid Tahap 2 tidak dibenarkan bermain, berkeliaran dan membuat bising di hadapan kelas Tahun 1 semasa waktu rehat kerana tindakan tersebut akan mengganggu PdPc murid-murid Tahun 1 di kelas.
  3. Murid-murid Tahun 1 tidak dibenarkan membeli pembaris panjang untuk tujuan bermain. Pembaris adalah salah satu alat tulis bukan permainan.
  4. Kehadiran murid ke sekolah pada awal pagi masih tidak memberangsangkan. Semakin hari semakin ramai murid yang datang lewat. Murid perlu berubah dan bangun lebih awal pada waktu pagi.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: YM Raja Izurinawati

Ucapan Guru Bertugas:

  1. Ucapan disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin.
  2. Tema pada minggu ini ialah "Sikap Bekerjasama".
  3. Kerjasama membawa maksud bekerja bersama-sama dan saling membantu dalam semua perkara.
  4. Semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah sekiranya murid-murid bekerjasama.
  5. Contoh: Murid-murid bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan sekolah, tidak perlu terlalu bergantung kepada pekerja pembersihan.
  6. Selain itu, murid-murid perlu memberi kerjasama semasa belajar di kelas dalam menjaga disiplin supaya tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
Ucapan Guru Bertugas: En. Nordin

Promosi Buku Baharu di Pusat Sumber:

  1. Disampaikan oleh Nur Idzni Faqihah dan Nur Adriana.
  2. Buku-buku yang dipromosikan tersebut memberi banyak maklumat dan pengetahuan am serta sesuai untuk Tahap 1 dan Tahap 2.
  3. Siri buku tersebut mempunyai 6 buah buku yang mengandungi pelbagai tajuk seperti "Berapa, Apa?", "Sejarah", "Pengetahuan Am", "Tubuh Badan", "Haiwan" dan "Alam Semulajadi".
Pengawas Pusat Sumber mempromosi buku baharu di Pusat Sumber

Disiplin Murid: Baik dan terkawal


Monday, February 13, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu Ke 7 bagi Sesi Petang

Laporan Perhimpunan Minggu ke 7Sesi Petang



Tarikh: 13 Februari 2017
Hari:  ISNIN
Masa: 3.40 petang

Guru bertugas:
1. Pn. Nasibah binti Sairi
2. Pn. Norazmah binti Che Omar
3. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani
4. Pn. Nurhafizah binti Udin
5. En. Reza Feelaqiz bin Shauri



AKTIVITI-AKTIVITI

1. NYANYIAN 3 BUAH LAGU

  • NEGARAKU
  • NEGERI SELANGOR
  • SEKOLAH



2. BACAAN DOA
  • Pengawas tahun 3 Gemilang : Arief Luqman

3. BACAAN IKRAR
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Norhafizah binti Udin
  • Ikrar Murid              : Nur Alesya Irdina


  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Nurzuhayra


4. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (MINGGU KE 6)
  • Disampaikan Oleh : Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar
  • Murid diingatkan supaya mempunyai rehat yang cukup supaya tidak tertidur di dalam kelas semasa PdP sedang berlangsung.
  • Guru memuji murid - murid yang tidak mempunyai sebarang masalah disiplin pada minggu lepas.



5. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


  • Disampaikan oleh : Pn. Norhafizah binti Udin
  • Tema minggu ini "Tanggungjawab"
  • Semua murid diingatkan supaya mempunyai tanggungjawab terdapat diri sendiri. Contohnya hadir ke sekolah dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

6. PELANCARAN BULAN PANITIA BAHASA MALAYSIA
  • Diiringi muzik latar, Penolong Kanan Petang, Pn. Nor Hashimah membuka peti dengan pilihan kunci yang diberi.
  • En Reza mendeklamasikan sajak "Hilangnya Bahasa" dengan iringan muzik latar.
  • Selesai sahaja deklamasi  sajak, Pn. Nor Hashimah merasmikan bulan Panitia Bahasa Malaysia.



 













7. PENGUMUMAN
  • Cikgu Norazmah mengumumkan peminjaman buku unuk murid tahun 2& 3 di buka semula. 
  • Murid Tahun 3 dibenarkan meminjam buku pada minggu 1&3
  • Murid Tahun 2 dibenarkan meminjam buku pada minggu 2&4

7. UCAPAN PENUTUP
     * Semua murid diminta menjaga disiplin dan keselamatan diri walau di mana sahaja berada.