- Tarikh : 20 Februari 2017
- Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
- Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- En. Nordin bin Mat Hussin
- Pn. Hayati binti Kamis
- Pn. Suriatie binti Che Lah
- Pn. Sarifah bt Saini
Aktiviti
- Pengerus Majlis : En. Nordin bin Mat Hussin
- Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah
- Dikendalikan oleh : Ulfah Umairah bt Azizi (6G)
- Bacaan Doa : Adam Harith bin Azwan Hazle (6G)
- Ikrar Rukun Negara : En. Nordin bin Mat Hussin
- Ikrar Murid : Adham Aiman bin Yusnizan (6G)
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Muhammad Aniq bin Amin (6G)
![]() |
Bacaan Ikrar Rukun Negara: En. Nordin |
Pengawas Bertugas |
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Laporan disampaikan oleh YM Raja Izurinawati bt Raja Shukri Amrun.
- Murid-murid Tahap 2 tidak dibenarkan bermain, berkeliaran dan membuat bising di hadapan kelas Tahun 1 semasa waktu rehat kerana tindakan tersebut akan mengganggu PdPc murid-murid Tahun 1 di kelas.
- Murid-murid Tahun 1 tidak dibenarkan membeli pembaris panjang untuk tujuan bermain. Pembaris adalah salah satu alat tulis bukan permainan.
- Kehadiran murid ke sekolah pada awal pagi masih tidak memberangsangkan. Semakin hari semakin ramai murid yang datang lewat. Murid perlu berubah dan bangun lebih awal pada waktu pagi.
![]() |
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: YM Raja Izurinawati |
Ucapan Guru Bertugas:
- Ucapan disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin.
- Tema pada minggu ini ialah "Sikap Bekerjasama".
- Kerjasama membawa maksud bekerja bersama-sama dan saling membantu dalam semua perkara.
- Semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah sekiranya murid-murid bekerjasama.
- Contoh: Murid-murid bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan sekolah, tidak perlu terlalu bergantung kepada pekerja pembersihan.
- Selain itu, murid-murid perlu memberi kerjasama semasa belajar di kelas dalam menjaga disiplin supaya tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
![]() |
Ucapan Guru Bertugas: En. Nordin |
Promosi Buku Baharu di Pusat Sumber:
- Disampaikan oleh Nur Idzni Faqihah dan Nur Adriana.
- Buku-buku yang dipromosikan tersebut memberi banyak maklumat dan pengetahuan am serta sesuai untuk Tahap 1 dan Tahap 2.
- Siri buku tersebut mempunyai 6 buah buku yang mengandungi pelbagai tajuk seperti "Berapa, Apa?", "Sejarah", "Pengetahuan Am", "Tubuh Badan", "Haiwan" dan "Alam Semulajadi".
![]() |
Pengawas Pusat Sumber mempromosi buku baharu di Pusat Sumber |
No comments:
Post a Comment