Monday, May 30, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI, KUMPULAN 4 2022/2023

Tarikh: 30 Mei- 3 Jun 2022

Kumpulan : 4


GURU BERTUGAS

1. Puan Siti Aniqah binti Saineh -Ketua

2. Puan Norazmah binti Che Omar

3. Puan Nurhafizah binti Udin

4. Puan Maziana binti Mustaffa

5. Puan Che Mariah binti Ngah

6. Encik Muhamad Aliff Shah bin Idris


TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1. Menyambut kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid-murid ke dalam kawasan sekolah.

2. Memantau disiplin dan memastikan murid-murid sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sepanjang berada di kawasan sekolah.

3. Memastikan keselamatan murid-murid ketika berada di kawasan sekolah.

4. Memastikan murid-murid bergerak pulang dalam keadaan selamat dan terkawal serta diambil  oleh ibubapa /penjaga pada waktu yang telah ditetapkan.


LENSA KAMERA


Waktu pagi: Suasana murid datang awal ke sekolah dan kawalan oleh guru bertugas di pintu pagar sekolah.


Perhimpunan pagi. Murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu:-
  • Lagu Negaraku
  • Lagu Negeri Selangor 
  • Lagu Sekolah.






Ikrar murid oleh Adik Damien Raess


Bacaan doa oleh Adil Zul Haziq Hakimi

Ucapan oleh guru bertugas pada minggu lepas iaitu Puan Nirawaty.


Ucapan guru bertugas pada minggu ini iaitu Puan Siti Aniqah.


Ucapan guru kaunseling iaitu Puan Sugunah.



Persembahan murid sempena  Bulan Bahasa



Guru dan murid mendengar ucapan dan makluman sepanjang perhimpunan pagi yang dijalankan.



LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI KUMPULAN 3 2022/2023

 

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE-9 2022/2023

 

TARIKH: 23/5/2022-27/5/2022

KUMPULAN : 3

 

GURU BERTUGAS

1. CIK NAJWA BINTI ABD WAHAB (KETUA)

2. PN. NIRAWATY BINTI MOHD NOR

3. PN. ROSIDAH BINTI AWANG LAH

4. EN. R.GOPI A/L RANGAYA

5. EN. MOHAMMAD FAIZ BIN JAMALUDDIN

 

TUGASAN SEPANJANG MINGGU.

1. Menyambut kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid-murid ke dalam kawasan sekolah.

2. Memantau disiplin dan memastikan murid-murid sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak sekolah sepanjang berada di kawasan sekolah.

3. Memastikan keselamatan murid-murid ketika berada di kawasan sekolah.

4. Memastikan murid-murid bergerak pulang dalam keadaan selamat dan terkawal serta diambil ibubapa/penjaga pada waktu yang telah ditetapkan.

 

LENSA KAMERA



BACAAN YASSIN MINGGUAN DIKETUAI OLEH UST SHAMSOE REZA.

UCAPAN GURU BESAR, PK PENTADBIRAN DAN PK HEM SEWAKTU PERHIMPUNAN MINGGUAN.

PERGERAKAN KELUAR MURID-MURID SESI PAGI 

GURU BERTUGAS MEMANTAU KEHADIRAN MURID DI PINTU PAGAR UTAMA.


BACAAN IKRAR MURID OLEH PENGAWAS BERTUGAS, ALYA SYADRINA.

LAPORAN GURU BERTUGAS KUMPULAN 2 OLEH PN. SURIATIE.
UCAPAN DARI GURU DISIPLIN - USTAZ HELMI


Wednesday, May 25, 2022

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN EN MOHD AZMIN (PK PENTADBIRAN) DAN DATIN NORA (PK KOKURIKULUM)

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN EN MOHD AZMIN (PK PENTADBIRAN) DAN DATIN NORA (PK KOKURIKULUM)

Pada 20 Mei 2022, bersamaan hari Jumaat yang lalu telah berlangsung majlis perpisahan yang diraikan iaitu Encik Mohd Azmin Bin Atan (PK Pentadbiran) ke sekolah baru iaitu SK Desa Putra dan Datin Nora Binti Yusof (PK Kokurikulum) ke sekolah baru iaitu SK Taman Putra Perdana 2 sebagai Penolong Kanan Hem. Majlis disambut dengan penuh sayu dan syahdu oleh semua murid-murid dan guru sesi pagi dan petang. Majlis dimulakan selepas bacaan yassin bagi sesi pagi dan selepas rehat bagi sesi petang. 

Sudah adat bertemu, tentu ada perpisahannya. Sudah adat berjumpa, tentu ada nokhtah perhentiannya Kalau diturutkan hati, tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi. Tapi apakan daya. Sudah tersurat dari Ilahi pertemuan kita hanya setakat ini. Oleh itu janganlah ianya diratapi. Apa yang lebih penting,  Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi. Kami warga SKPM mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada dua orang pentadbir yang sangat berdedikasi iaitu En Mohd Azmin dan Datin Nora ke sekolah baru. Semoga ukhuwah yang terjalin akan sentiasa berkekalan. 

Berikut merupakan gambar sekitar majlis perpisahan.



Majlis dimulakan dengan Ucapan Perpisahan dari Puan Guru Besar

Ucapan Perpisahan dari Datin Nora Binti Yusof

Ucapan Perpisahan En Mohd Azmin Bin Atan

Majlis Penyampaian Hadiah kepada En Azmin
Majlis Penyampaian Hadiah kepada Datin Nora

Sesi Bergambar bersama sesi petang


Sesi Bergambar bersama sesi pagi

Selamat Maju Jaya Encik Azmin dan Datin Nora. Jasamu sentiasa dikenang 💓

Sekian, Terima Kasih.






 




MAJLIS HI-TEA HARI GURU & AIDILFITRI SK PULAU MERANTI 2022

MAJLIS HI-TEA HARI GURU & AIDILFITRI SK PULAU MERANTI 2022

Pada 19 Mei 2022, bersamaan hari Khamis, Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Pulau Meranti telah menganjurkan satu program Hi-Tea sempena hari guru bertempat di Hilltop Kota Warisan. Program bermula pada jam 2.30 pm dengan ketibaan guru dan staf ke lokasi Hi-Tea. Majlis ini dianjurkan bagi menghargai jasa guru-guru disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga guru dan staf SK Pulau Meranti. Acara Pertukaran Hadiah antara guru dan staf juga turut diadakan sekitar majlis bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Berikut merupakan gambar sekitar Majlis Hi-Tea yang telah berlangsung.

Aturcara Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Sofian

Ucapan aluan Puan Siti Habsah Binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti)












DALAM KERENDAHAN HATI, ADA KETINGGIAN BUDI, DALAM KEMISKINAN HARTA, ADA KEKAYAAN JIWA, DALAM KELEMBUTAN LIDAH ADA KETELANJURAN KATA, DALAM GURAU DAN SENDA TENTU ADA KHILAF DAN DOSA, MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALANYA. 

Ikhlas dari BKGS. Terima Kasih.

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU "GURU TUNJANG, SEKOLAH SEJAHTERA" DAN HARI RAYA AIDILFITRI SK PULAU MERANTI 2022

🌸MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU "GURU TUNJANG, SEKOLAH SEJAHTERA" DAN HARI RAYA AIDILFITRI SK PULAU MERANTI 2022🌸

Pada 19 Mei 2022 , 18 Syawal 1443H bersamaan hari Khamis yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Majlis ini adalah merupakan anjuran BKGS dengan kerjasama semua guru dan staf SK Pulau Meranti. Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi. 

    Majlis pagi itu bermula pada jam 7.45 pagi dengan dimulai perarakan guru-guru ke Dataran Perhimpunan seterusnya diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Majlis seterusnya diberkati dengan bacaan doa oleh Al Fadil Ustaz Shamsoe Riza dan diteruskan dengan bacaan ucapa perutusan Hari Guru dari Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh Puan Siti Habsah Binti Ahmad Guru Besar SK Pulau Meranti. 

    Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Tuan Asri Bin Deraman dan disusuli dengan persembahan Nyanyian Lagu Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru SK Pulau Meranti. Seterusnya, pengawas menyerahkan hadiah Hari Guru dari BKGS kepada semua guru-guru SK Pulau Meranti. Majlis seterusnya dihangatkan lagi dengan Permainan Berkumpulan antara guru dan staf mengikut rumah sukan masing-masing. Terdapat dua permainan yang dimainkan oleh guru-guru. Permainan pertama ialah permainan yang diberi nama  "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" iaitu setiap ahlli dalam kumpulan perlu menghabiskan kuih raya yang disediakan. Bagi permainan kedua pula diberi nama, "Tepuk dada, tanya selera" iaitu setiap ahli dalam kumpulan menutup mata dan rasa kuih raya yang diberi, seterusnya mereka meneka nama kuih raya tersebut. Pemenang bagi permainan berkumpulan guru dan staf tersebut dimenangi oleh rumah Biru.    

    Seterusnya, tepat jam 9.30 pagi, majlis diteruskan dengan Sambutan Aidilfitiri.  Pada jam 9.45 pagi, murid-murid dan guru-guru telah bergerak untuk menjamu selera dengan pelbagai menu yang telah disediakan. Antara menu yang ada ialah soto,satay, nasi lemak, bihun goreng, bebola goreng, lokcing, buah-buahan, aiskrim dan pelbagai jenis air minuman. Kesemua makanan dan minuman telah disediakan di gerai-gerai di sekitar kawasan kantin. Berikut merupakan tentatif dan gambar-gambar sekitar sambutan yang telah berlangsung. 

  

Tentatif Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2022

Ucapan Perutusan Hari Guru disampaikan oleh Puan GB

Nyanyian Lagu Hari Guru

Persembahan Murid: Muhammad Khairul Husainy (5C)

Permainan Berkumpulan sempena Hari Guru 

Penyampaian Hadiah sempena Permainan Berkumpulan Hari Guru

Sambutan Aidilfitri

Gerai Aidilfitri

Gerai Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri

Tok Dalang Pergi Ke Dusun,
Gadis Suri duduk di Titi,
Seikhlas Hati Jari disusun,
Memohon maaf kekhilafan diri

Sekian, terima kasih.