Wednesday, May 25, 2022

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN EN MOHD AZMIN (PK PENTADBIRAN) DAN DATIN NORA (PK KOKURIKULUM)

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERTUKARAN EN MOHD AZMIN (PK PENTADBIRAN) DAN DATIN NORA (PK KOKURIKULUM)

Pada 20 Mei 2022, bersamaan hari Jumaat yang lalu telah berlangsung majlis perpisahan yang diraikan iaitu Encik Mohd Azmin Bin Atan (PK Pentadbiran) ke sekolah baru iaitu SK Desa Putra dan Datin Nora Binti Yusof (PK Kokurikulum) ke sekolah baru iaitu SK Taman Putra Perdana 2 sebagai Penolong Kanan Hem. Majlis disambut dengan penuh sayu dan syahdu oleh semua murid-murid dan guru sesi pagi dan petang. Majlis dimulakan selepas bacaan yassin bagi sesi pagi dan selepas rehat bagi sesi petang. 

Sudah adat bertemu, tentu ada perpisahannya. Sudah adat berjumpa, tentu ada nokhtah perhentiannya Kalau diturutkan hati, tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi. Tapi apakan daya. Sudah tersurat dari Ilahi pertemuan kita hanya setakat ini. Oleh itu janganlah ianya diratapi. Apa yang lebih penting,  Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi. Kami warga SKPM mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada dua orang pentadbir yang sangat berdedikasi iaitu En Mohd Azmin dan Datin Nora ke sekolah baru. Semoga ukhuwah yang terjalin akan sentiasa berkekalan. 

Berikut merupakan gambar sekitar majlis perpisahan.



Majlis dimulakan dengan Ucapan Perpisahan dari Puan Guru Besar

Ucapan Perpisahan dari Datin Nora Binti Yusof

Ucapan Perpisahan En Mohd Azmin Bin Atan

Majlis Penyampaian Hadiah kepada En Azmin
Majlis Penyampaian Hadiah kepada Datin Nora

Sesi Bergambar bersama sesi petang


Sesi Bergambar bersama sesi pagi

Selamat Maju Jaya Encik Azmin dan Datin Nora. Jasamu sentiasa dikenang 💓

Sekian, Terima Kasih.






 




No comments: