Wednesday, May 25, 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU "GURU TUNJANG, SEKOLAH SEJAHTERA" DAN HARI RAYA AIDILFITRI SK PULAU MERANTI 2022

🌸MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU "GURU TUNJANG, SEKOLAH SEJAHTERA" DAN HARI RAYA AIDILFITRI SK PULAU MERANTI 2022🌸

Pada 19 Mei 2022 , 18 Syawal 1443H bersamaan hari Khamis yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Majlis ini adalah merupakan anjuran BKGS dengan kerjasama semua guru dan staf SK Pulau Meranti. Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi. 

    Majlis pagi itu bermula pada jam 7.45 pagi dengan dimulai perarakan guru-guru ke Dataran Perhimpunan seterusnya diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Majlis seterusnya diberkati dengan bacaan doa oleh Al Fadil Ustaz Shamsoe Riza dan diteruskan dengan bacaan ucapa perutusan Hari Guru dari Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh Puan Siti Habsah Binti Ahmad Guru Besar SK Pulau Meranti. 

    Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Tuan Asri Bin Deraman dan disusuli dengan persembahan Nyanyian Lagu Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru SK Pulau Meranti. Seterusnya, pengawas menyerahkan hadiah Hari Guru dari BKGS kepada semua guru-guru SK Pulau Meranti. Majlis seterusnya dihangatkan lagi dengan Permainan Berkumpulan antara guru dan staf mengikut rumah sukan masing-masing. Terdapat dua permainan yang dimainkan oleh guru-guru. Permainan pertama ialah permainan yang diberi nama  "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" iaitu setiap ahlli dalam kumpulan perlu menghabiskan kuih raya yang disediakan. Bagi permainan kedua pula diberi nama, "Tepuk dada, tanya selera" iaitu setiap ahli dalam kumpulan menutup mata dan rasa kuih raya yang diberi, seterusnya mereka meneka nama kuih raya tersebut. Pemenang bagi permainan berkumpulan guru dan staf tersebut dimenangi oleh rumah Biru.    

    Seterusnya, tepat jam 9.30 pagi, majlis diteruskan dengan Sambutan Aidilfitiri.  Pada jam 9.45 pagi, murid-murid dan guru-guru telah bergerak untuk menjamu selera dengan pelbagai menu yang telah disediakan. Antara menu yang ada ialah soto,satay, nasi lemak, bihun goreng, bebola goreng, lokcing, buah-buahan, aiskrim dan pelbagai jenis air minuman. Kesemua makanan dan minuman telah disediakan di gerai-gerai di sekitar kawasan kantin. Berikut merupakan tentatif dan gambar-gambar sekitar sambutan yang telah berlangsung. 

  

Tentatif Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2022

Ucapan Perutusan Hari Guru disampaikan oleh Puan GB

Nyanyian Lagu Hari Guru

Persembahan Murid: Muhammad Khairul Husainy (5C)

Permainan Berkumpulan sempena Hari Guru 

Penyampaian Hadiah sempena Permainan Berkumpulan Hari Guru

Sambutan Aidilfitri

Gerai Aidilfitri

Gerai Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri

Tok Dalang Pergi Ke Dusun,
Gadis Suri duduk di Titi,
Seikhlas Hati Jari disusun,
Memohon maaf kekhilafan diri

Sekian, terima kasih.













No comments: