Monday, August 29, 2022

PROGRAM MENTOR MENTEE KALI KE 7 SESI PAGI

 29 Ogos 2022, Isnin - Unit Bimbingan dan kaunseling telah melaksanakan program mentor mentee sesi pagi. Program ini dialksanakan oleh guru kelas bersama pembantu guru kelas dengan menggunakan modul mentor mentee yang telah diedarkan oleh Unit B&K.





Sunday, August 28, 2022

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM GABUNGAN SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2022

Pada 26 hingga 28 Ogos yang lalu telah berlangsung Perkhemahan Kokurikulum Gabungan Sekolah Rendah Negeri Selangor Tahun 2022 di Pusat Kokurikulum Kem Tekali, Hulu Langat. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh SK Bukit Kuchai dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Selangor. Perkhemahan ini telah disertai seramai 164 orang murid dan 50 orang guru terdiri daripada gabungan lapan (8) buah sekolah dalam negeri Selangor. Sk Pulau Meranti telah menghantar wakil seramai 3 murid lelaki, 4 murid perempuan dan seorang guru.

Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid sekolah seluruh negeri Selangor mengikuti program. Melalui program ini juga dapat mendedahkan murid kepada pembelajaran di luar bilik darjah. Objektif perkhemahan ini ialah dapat melibatkan murid dari beberapa buah sekolah rendah di negeri Selangor, melatih para peserta menjalani aktiviti pendidikan luar di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor dan dapat membimbing para peserta yang terdiri daripada kepelbagaian bangsa, menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral menerusi program integrasi.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang dua hari perkhemahan berlangsung. Antara aktivitinya ialah ice-breaking, merunut hutan, ikhtiar hidup, wall climbing, keyakinan di air,malam kebudayaan, dinamika diri dan khidmas. Murid-murid seronok dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini dibimbing oleh jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Sselangor. 

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Ridzuan bin Hji Kadir, Penolong Pengarah Pentadbiran Pusat Kokurikulum Negeri Selangor. Majlis penutupan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Semasa majlis penutupan, murid-murid diberikan sijil penyertaan, hadiah kumpulan terbaik, pemenang setiap aktiviti dan anugerah murid terbaik sepanjang kem.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam Perkhemahan Perdana Gabungan Sekolah Rendah Negeri Selangor 2022 atas komitmen, masa, tenaga dalam menjayakannya. Semoga murid dapat manambah pengalaman dan ilmu dalam kehidupan yang mendatang. Insyaallah, ada rezeki lain kita sertai untuk peringkat kebangsaan pula. Terima kasih dan jumpa lagi.




HARI PERTAMA (26 OGOS 2022)

Terima kad nama.

Tulis nama pada kad nama.

Melapor diri.

Wakil peserta SK Pulau Meranti.

Taklimat peserta perkhemahan.





HARI KEDUA (27 OGOS 2022)























wall climbing

 


water confident

water confident

malam kebudayaan

malam kebudayaan

malam kebudayaan

malam kebudayaan

HARI KETIGA (28 OGOS 2022)

Senam cergas



dinamika