Thursday, August 11, 2022

 Program Ekspresi Meranti

Minggu ke-20 (Ogos 2022)

 

Program Ekspresi Meranti berkonsepkan Didik Hibur bagi murid sesi petang telah diteruskan pada 9-11 Ogos 2022 seperti biasa bagi minggu persekolahan ke-20.


Minggu ke-20 (9-11 Ogos 2022)

12.50 - 1.10 tengahari

9/8/2022

Pn. Norsaliza

Sains

10/8/2022

Tn. Hj. Sofian

Pendidikan Islam

11/8/2022

Cik Amiratul Arifah (Pn. Haniza)

Bahasa Melayu



 


 


Sekilas dari Lensa Kamera

Ekspresi Meranti

minggu ke-20  (9-11 Ogos 2022)


Gambar 1 : Pengisian Ekspresi Meranti Sains oleh Puan Norsaliza pada 9 Ogos 2022 berkaitan Deria.

 

Gambar 2 : Pengisian Ekspresi Meranti Pendidikan Islam berkisarkan Kuiz Ma’al Hijrah oleh Tuan Haji Sofian pada 10 Ogos 2022.

 


Gambar 3 : Pengisian Ekspresi Meranti Bahasa Melayu dengan aktiviti nyanyian, gerakan dan ejaan daripada lagu ‘Bila Rasa Gembira’ oleh Cik Amiratul Arifah. Cikgu Amira telah menggantikan Puan Haniza berikutan beliau sedang bercuti menjaga anak kuarantin.


Tuntasnya, dengan pelaksanaan program ini diharapkan bukan sahaja dapat memberi manfaat yang besar kepada pihak sekolah, bahkan sedikit membantu proses perkembangan pelajaran anak-anak SK Pulau Meranti khasnya. Sekalung jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir, staff, guru, ibu bapa dan murid yang terlibat waima secara langsung mahupun tidak langsung. Segala kekurangan in shaa Allah akan cuba ditingkatkan dari semasa ke semasa demi kelangsungan pembelajaran anak-anak SK Pulau Meranti.

 





No comments: