Tuesday, August 9, 2022

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2022

    Maal Hijrah merupakan perkara penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ianya disambut pada setiap tahun apabila tiba bulan Muharram dengan pelbagai aktiviti bagi mengingati semula peristiwa agung ini disamping mengambil pengajaran di sebalik peristiwa tersebut.

    Hijrah pada bahasa ertinya perpindahan. Dari segi istilah bermaksud perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke -13 nabi dilantik menjadi rasul. 

    Menyedari hakikat ini, maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap iktibar di sebalik berlakunya peristiwa hijrah dan dikaitkan dengan hijrah masa kini.

    

Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah ini bertujuan:

  1. Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang sirah Rasulullah S.A.W yang berkaitan dengan peristiwa hijrah melalui ceramah dan pertandingan.
  2. Menghayati hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat yang berlaku sehingga diingati hari ini.

        Sambutan ini telah dilaksanakan pada:

Tarikh             : 04 hb Ogos 2022

Hari                 : Khamis

Tempat         : Dataran Perhimpunan dan Kelas

Aktiviti            : Ceramah sempena Maal Hijrah

-       7. 30 - 9.30 pagi (sesi pagi)

-       1.00 – 3.00 petang (sesi petang)



Pengisian Maal Hijrah oleh Ustaz Shamsoe Riza




Kuiz sempena Maal Hijrah


Aktiviti sambutan Maal Hijrah sesi petang


Semoga pendedahan kepada murid tentang peristiwa - peristiwa penting dalam Sirah Nabawiyah dapat menambahkan ilmu serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan semua warga SK Pulau Meranti. InsyaaAllah.


No comments: