Friday, August 12, 2022

KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR (MSSS) BAWAH 12 TAHUN 2022


Pada 8 dan 9 Ogos 2022 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Negeri Selangor (MSSS) 2022 yang telah diadakan di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa, Gombak. SK Pulau Meranti telah diwakili oleh Babara Freza a/p Ronnie Miscon bagi pasukan daerah Sepang.

Pujian harus diberi kepada pasukan Bola Jaring daerah Sepang kerana sentiasa memberi semangat di antara satu sama lain ketika ada rakan sepasukan mereka yang sudah jatuh kerana kecewa. Tahniah kepada semua pemain yang sentiasa bersungguh-sungguh ketika setiap kali perlawanan. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua sekolah yang terlibat yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat sepanjang kejohanan ini. Insyaallah, diharapkan mereka dapat buat yang lebih baik pada tahun yang akan datang.

LENSA KAMERA

Kedudukan mata keseluruhan.

Keputusan jaringan gol.


Keputusan akhir.

Wakil SK Pulau Meranti, Babara Freza.

Latihan balingan bola sebelum perlawanan.

Jurulatih memberikan tips sebelum perlawanan.

Fokus dalam membuat balingan.

Pasukan daerah Sepang terdiri daripada 12 orang murid Dan 5 orang guru.

Perlawanan anatara Sepang Dan Petaling Perdana.

Perlawanan sengit antara dua Pasukan.

Semua pemain bermain dengan penuh semangat.


No comments: