Tarikh: 27 Julai 2026
Masa: 1:00 - 1:30 petang
Tempat: Anjung Meranti
Guru Bertugas:
En. Mohamad Zaidir bin Zainal Abidin
En. Noramaluddin bin Md Yusof
Pn. Rabiatul Adawidyah binti Idris
Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy
Pn. Azilah binti Marudin
Cik Nurfara Adilah binti Muhamad Fauzi
Cik Nor Izzati binti Shaari
Cik Farahanim
AKTIVITI
- Pada 27 Julai 2026 (Isnin), perhimpunan rasmi mingguan sesi petang (perhimpunan dalam Bahasa Inggeris) telah berjalan dengan lancar setelah selesai Taklimat Pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah. Seperti biasa, perhimpunan berlangsung bermula pukul 1:00 hingga 1:30 petang dipengerusikan oleh Pn. Rabiatul. Perhimpunan minggu ini bertemakan 'Hormat menghormati'. Hormat-menghormati dalam kalangan warga SK Pulau Meranti merupakan nilai murni yang menjadi asas kepada pembentukan budaya sekolah yang positif, harmoni dan selamat.
- Bacaan Doa: Mohamed Luqman Afeef bin Mohamed Syafiq
- Bacaan Ikrar Rukun Negara: Putri Awra Sofea binti Mohd Hafiz
- Bacaan Ikrar Murid: Dhia Ratu binti Khairil Akmal
- Pada 27 Julai 2026, penyampaian Sijil Penyertaan National STEM Fest telah dilaksanakan. Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas (Bulan Julai) turut dilaksanakan bagi memupuk budaya menjaga kebersihan, kekemasan dan keceriaan kelas masing-masing.
- Majlis Perpisahan Cikgu Norhana bersama guru-guru dan murid-murid sesi petang telah diadakan pada 28 Julai 2026 (Selasa) sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagi guru praktikal di SK Pulau Meranti. Warga sekolah mendoakan agar Cikgu Norhana sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dan berjaya dalam meneruskan khidmat bakti sebagai seorang pendidik khususnya. Terima kasih atas segala kenangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan.
- Pada 30 Julai 2026 (Khamis), aktiviti tahunan iaitu Latihan dan Demonstrasi Kebakaran bersama Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semua guru dan warga sekolah khususnya sesi petang berjaya menggerakkan semua murid ke tempat berkumpul (padang sekolah) secepat yang mungkin. Latihan dan demonstrasi seperti ini bertujuan membina budaya keselamatan serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.
Sekian sahaja laporan bertugas pada minggu ke-26 (sesi petang). Terima kasih.






