Friday, December 9, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-36 2022/2023


TARIKH : 5 - 9 DISEMBER 2022

MINGGU : KE - 36

KUMPULAN : 2


GURU BERTUGAS

PN. VENESSA TAN ZHI WEI (KETUA)

PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID

TN. HJ. SOFIAN BIN ABDULLAH

PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR

PN. MAHFUZAH BINTI AHMAD ZAKUAN

PN. NUR SYAZWANI BINTI SANUSI


TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1) Menunggu kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid di pintu pagar utama.

2) Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di kantin.

3) Memastikan murid bergerak pulang dalam keadaan teratur dan terkawal.

4) Memastikan semua murid pulang dan diambil oleh ibubapa/penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.10 petang (Isnin dan Jumaat) dan 5.50 petang (Selasa, Rabu dan Khamis).


~~~~~~~~~~~~~~~LENSA KAMERA~~~~~~~~~~~~~~~





Saturday, December 3, 2022

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK PULAU MERANTI TAHUN 2022

 


PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM SK PULAU MERANTI TAHUN 2022


Perkhemahan merupakan antara salah satu aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah. Perkhemahan ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar serta dapat mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka rasai sebelum ini.

Aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk semangat jati diri dalam diri murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa sebarang tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan pelajar dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang lebih berkeyakinan.


~~~~~~~~~~~~~ JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN ~~~~~~~~~~~~~