Saturday, December 3, 2022

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK PULAU MERANTI TAHUN 2022

 


PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM SK PULAU MERANTI TAHUN 2022


Perkhemahan merupakan antara salah satu aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah. Perkhemahan ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar serta dapat mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka rasai sebelum ini.

Aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk semangat jati diri dalam diri murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa sebarang tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan pelajar dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang lebih berkeyakinan.


~~~~~~~~~~~~~ JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN ~~~~~~~~~~~~~

















No comments: