Friday, December 9, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-36 2022/2023


TARIKH : 5 - 9 DISEMBER 2022

MINGGU : KE - 36

KUMPULAN : 2


GURU BERTUGAS

PN. VENESSA TAN ZHI WEI (KETUA)

PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID

TN. HJ. SOFIAN BIN ABDULLAH

PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR

PN. MAHFUZAH BINTI AHMAD ZAKUAN

PN. NUR SYAZWANI BINTI SANUSI


TUGASAN SEPANJANG MINGGU

1) Menunggu kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid di pintu pagar utama.

2) Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di kantin.

3) Memastikan murid bergerak pulang dalam keadaan teratur dan terkawal.

4) Memastikan semua murid pulang dan diambil oleh ibubapa/penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.10 petang (Isnin dan Jumaat) dan 5.50 petang (Selasa, Rabu dan Khamis).


~~~~~~~~~~~~~~~LENSA KAMERA~~~~~~~~~~~~~~~





Saturday, December 3, 2022

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK PULAU MERANTI TAHUN 2022

 


PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM SK PULAU MERANTI TAHUN 2022


Perkhemahan merupakan antara salah satu aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah. Perkhemahan ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar serta dapat mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka rasai sebelum ini.

Aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk semangat jati diri dalam diri murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa sebarang tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan pelajar dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang lebih berkeyakinan.


~~~~~~~~~~~~~ JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN ~~~~~~~~~~~~~

















Sunday, November 27, 2022

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN BKGS 2022 DAN MAJLIS PERSARAAN PN. MAS ARIPAH

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN BKGS 2022  & MAJLIS PERSARAAN PN. MAS ARIPAH


        Pada 26 November 2022 (Sabtu), satu Majlis Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru dan Staff (BKGS) 2022 telah diadakan. Jamuan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan sebagai majlis penutup bagi tahun 2022. Pada tarikh yang sama, Majlis Persaraan Puan Mas Aripah binti Mohamad Sadikin pun telah dijalankan. Majlis ini bertujuan untuk merenung kembali kenangan-kenangan manis dan menghargai sumbangan yang telah disumbangkan oleh Puan Mas Aripah semasa dalam perkhidmatan beliau.

Friday, November 25, 2022

Program Kembali Ke Landasan & Majlis Penutupan Minggu PPDa 2022

 Pada 25 November 2022, Jumaat - Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Unit PPDa telah menlaksanakan Program Kembali Ke Landasan & Majlis Penutupan Minggu PPDa. ASP Mohd Sobri B. Taib dan Sarjan Mustafah B. Aman di jemput untuk menyampaikan ceramah pada murid SKPM. Tajuk ceramah adalah " Kes jenayah dikalangan remaja". 

Setelah selesai ceramah polis, Majlis disambung dengan Majlis Penutupan Minggu PPDa dengan penyampaian hadiah bagi pemenang aktiviti mewarna, melukis poster dan juga bagi aktiviti membina modal rokok.





ASP & Sarjan menyampaikan ceramah

Guru Besar menyampaikan cenderahati pada ASP & Sarjan



ASP & Sarjan menyampaikan hadiah bagi pemenag melukis Poster Anti Dadah








PK Pentadbiran Pn Rosmah menyampaikan hadiah bagi pemenang mewarna Pra sekolah dan tahun 3 serta pemenang menghasilkan modal rokok dari tahun 4


Sambutan Hari Kanak-kanak SKPM Sesi Petang

Pada Khamis, 24 November, sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Diharapkan semua murid gembira dan ceria dengan pengalaman yang dapat dikenang sampai bila-bila.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan sambutan ini. 


LENSA KAMERA

👉PERTANDINGAN PAKAIAN BERTEMA


1 Belatuk





1 Helang





1 Merak






1 Nuri




1 Serindit







2 Alpha







2 Beta






2 Gamma







👉PERTANDINGAN MEWARNA

1 Serindit

1 Belatuk

1 Helang

1 Nuri

Tahun 2

👉PENYAMPAIAN HADIAH











Yeay.. dapat aiskrim