Wednesday, October 29, 2014

PROGRAM DENGUE ACTION KIDS SCHOOL@MAJLIS PERBANDARAN SEPANG



Penerangan oleh Pegawai Pegawai dari Majlis Perbandaran Sepang( MPS)
 Pada 28/10/14

Pelancaran Pada 7 November 2014 Di SK Bandar Baru Salak Tinggi










SAMBUTAN HARI UNESCO MALAYSIA 2014

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melakukan simbolik perasmian sambutan Hari Unesco Malaysia 2014 bertemakan “Warisan kita Warisan Dunia” di Dataran Merdeka di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan kedua, Datuk Mary Yap Kain Ching (dua, kanan) dan Pengarah Pejabat Serantau Unesco Jakarta, Prof Dr Hubert Gijzen (dua, kiri).
Majlis Perasmian sempena Hari Unesco Malaysia 2014.
Rentetan itu, Pasukan Galang Maya SK Pulau Meranti diberi kepercayaan untuk membuat persembahan pada sambutan UNESCO pada kali ini. Syabas diucapkan kepada Pasukan Galang Maya di atas penghargaan ini.








Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE- 40

                                                    Tema: Menghargai Masa




Tarikh: 27 Oktober 2014


Masa: 7.45 Pagi - 8.00 Pagi


Tempat: Dataran Perhimpunan SKPM




Guru Bertugas:
En. Daud B. Aris
Pn. Cheng Wai Ling
Pn. Siti Jutah Bt. Ibrahim
Pn. Nur Diana
Pn. Norjaya Bt. Sumaleh




1. Nyanyian
  - Lagu Negaraku
  - Lagu Negeri Selangor
  - Lagu Sekolah


2. Bacaan Doa dan Ikrar


3. Ucapan Guru Bertugas ( Pn. Norjaya Bt. Sumaleh)
  - Menerangkan tentang aktiviti berfaedah untuk mengisi masa yang terluang di dalam kelas
  - Menasihatkan murid yang tidak sihat supaya berehat di rumah dan dapatkan rawatan di klinik
  - Meminta murid tahap 2 dan murid yang mengikuti program Rimup menuntut hadiah sukaneka
     dengan kadar segera


4. Ucapan PK. HEM (Pn. Noraizah Bt. Dun)
   a) Etika ketika menyanyikan lagu patriotik, bacaan doa dan ikrar
      - menegur sikap murid yang tidak berdiri tegak semasa menyanyikan lagu patriotik
      - menegur murid berbual ketika bacaan doa dan ikrar
      - menegur sikap murid yang tidak menghormati perhimpunan rasmi sekolah


  b) Larangan ke pejabat dan bilik guru
     - semua murid tidak dibenarkan berada di pejabat dan bilik guru tanpa pengawasan guru
     - murid yang ingin berurusan di pejabat boleh berjumpa dengan En Zaki di kaunter


 c) Sikap Murid
    - menasihati murid agar menjaga sikap masing-masing
    - murid juga dinasihatkan agar tidak membuat bising semasa guru tiada di dalam kelas.


5. Majlis perhimpunan ditangguhkan dengan lagu Malaysia Berjaya...


Laporan oleh: Norjaya Bt. Sumaleh

Friday, October 24, 2014

Pasca UPSR 2014

Program Pasca UPSR telah pun bermula sejak hari Isnin lagi. Guru-guru tahun 6 telah menyusun pelbagai aktiviti menarik untuk murid-murid. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah jahitan, kraft, rekacipta, masakan serta aktiviti mengikut matapelajaran.

Hari ini dan semalam murid-murid telah menjalani aktiviti permainan bola sepak serta bola jaring pada sebelah pagi. Selepas rehat pula, mereka membuat kraft 'felt' dimana guru-guru menyelitkan pengajaran asas jahitan. Murid-murid dibahgikan kepada 5 kumpulan dan diberikan bahan-bahan seperti kain 'felt', jarum, benang, gam dan gunting. Pn. Nurhafizah telah memberikan penerangan serta contoh kraft yang dihasilkan. Alhamdulillah, murid telah dapat menghasilkan penanda buku yang menarik. Murid-murid tidak kira lelaki atau perempuan menunjukkan minat serta respon yang baik terhadap aktiviti. Kraft yang telah dihasilkan mereka juga telah habis dijual kepada murid-murid lain pada hari ini.

Pada murid-murid yang tidak hadir, amatlah rugi. Inilah masa untuk mereka mempelajari dan mengasah kemahiran asas hidup serta keusahawanan untuk mereka gunakan pada masa akan datang. Harapan guru-guru agar murid-murid dapat meneruskan kemahiran yang mereka dapat ini. Bukan itu sahaja, guru-guru juga berharap agar Program Pasca UPSR ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan buat murid-murid yang tersayang.



Perlawanan bola jaring yang dipantau oleh guru-guru Tahun 6
Hasil tangan murid dalam kumpulan

Kreatif menghasilkan penanda buku yang menarik

Murid menggunakan bahan sendiri untuk membuat penanda buku lebih menarik

Adly Fahmy menunjukkan hasil kraft kumpulannya

Hasil kraft murid 6C

Penanda buku berbentuk kamera 'Instagram' yang menarik

Murid-murid gigih menghasilkan kraft



Murid-murid menjual hasil kraft mereka

Kumpulan yang paling banyak mendapat 'income' hari ini

Murid-murid tahap 1 tertarik dengan hasil kraft kakak-kakak dan abang-abang tahun 6

Berjaya mendapat 'customer'

Murid-murid tahun 1 melihat gelagat Basrah menjual penanda buku 

Satu-satunya kumpulan yang mempamerkan tanda harga


Monday, October 20, 2014

Laporan Perhimpunan Minggu ke 39


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 39

Tarikh      :  20 Oktober 2014
Masa       :  7.45 hingga 8.00 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti



Guru Bertugas Minggu ke 39

1. En Gopi a/l Ranggaya
2. Puan Siti Syamsiddar 
3. Puan Siti Fadhilah
4. Puan Umi Sarah

Laporan :

1) Nyanyian, bacaan doa dan ikrar : 

Pengacara Majlis ialah Alif Rahimi.
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
Bacaan doa oleh Mohd Alif Zaqwan.
Bacaan Ikrar,  Rukun Negara & Ikrar murid oleh Muhamad Syamil Hafiz.
Bacaan Ikrar keselamatan jalan raya oleh Mohd Aidil.

2) Laporan guru bertugas minggu lepas (En Yusnizan bin Marzuki) mengenai peperiksaan akhir tahun untuk murid tahun satu hingga enam. Berkaitan dengan disiplin murid pula alhamdulillah semakin baik. Begitu juga dengan aktiviti perkhemahan yang dapat berjalan dengan lancar. 


3) Ucapan daripada guru bertugas Puan Siti Syamsiddar Bagimin mengenai sebarang masalah yang timbul boleh berhubung dengan guru bertugas dan sentiasa mematuhi arahan serta disiplin sekolah. Makluman tentang cuti sempena Perayaan Deepavali.

4) Perhimpunan ditamatkan awal untuk program mentor mentee.

Sunday, October 19, 2014

PERKHEMAHAN PERDANA SKPM 2014

Perkhemahan Perdana SK Pulau Meranti 2014 telah berlangsung selama dua hari satu malam dari 17/10/2014 hingga 18/10/2014 bertempat di padang sekolah SKPM.

Seramai 101 orang murid telah menyertai perkhemahan tersebut dengan 30 fasilitator yang terdiri daripada guru-guru. Selain daripda itu penglibatan juga merangkumi staf-staf SKPM, pengawal keselamatan, pengurus kantin dan ibu bapa.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya mendirikan khemah, seni perkhemahan (membuat gajet), ikhtiar hidup (memasak) dan apresiasi seni (membuat persembahan berkumpulan).

Semua aktiviti yang dijalani akan dinilai dan diberi markah untuk setiap kumpulan bagi memilih kumpulan
terbaik dan peserta lelaki dan perempuan terbaik. Kumpulan terbaik dimenangi oleh kumpulan 3 dan peserta terbaik kategori lelaki dimenangi oleh adik Muhd Saiful bin Kamalazri dan perempuan oleh adik Nurfadhillah binti Abdul Razak.

Majlis penutup Perkhemahan Perdana SKPM 2014 telah disempurnakan oleh Pn. Noraizah binti Dun selaku GPK Hem mewakili Guru Besar SKPM dengan menyampai hadiah kepada pemenang. Majlis selesai pada jam 5.00 petang dan semua murid pulang ke rumah.


Disediakan oleh:

DAUD BIN ARIS





Thursday, October 16, 2014

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PULAU MERANTI KALI KE-48 DISAMBUT MERIAH

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-48 yang berlangsung pada 12 Oktober 2014 yang lepas cukup meriah dengan kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat.Sukan pada kali meperlihatkan semangat gotong-royong yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli PIBG dan penduduk setempat yang sanggup hadir ke sekolah demi memastikan perjalanan sukan berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga menerima banyak sumbangan daripada individu-individu yang bermurah hati untuk melihat temasya pada kali disambut dengan meriah.

Perasmian temasya kali ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Azizul Rahim bin Hj. Saedin, Ketua Pegawai Eksekutif Mayang Sutera Holidays Sdn. Bhd. Beliau juga bermurah hati memberi sumbangan khusus untuk kejohanan sukan pada kali ini. Selain itu, acara cabutan bertuah dan gerai-gerai jualan turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pemenang yang bertuah. Sambutan daripada tetamu yang hadir amat menggalakkan sekali. Mereka teruja melihat hadiah yang bakal diterima.Kejohanan pada kali juga turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG, Datuk Hj. Mohamad Mahzan bin Hj. Tamyiz dan Pengerusi JKKK Kampung Pulau Meranti serta beberapa dif jemputan lain menggamatkan suasana dan menyuntik semangat para peserta yang bertanding.

Acara lintas hormat oleh pembawa bendera kejohanan  membuka tirai kejohanan sukan sekolah dan disusuli dengan perarakan empat rumah sukan iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning.Sejurus tamatnya perarakan rumah-rumah sukan, acara sukaneka, acara lari 60 meter, 80 meter dan 100 meter diadakan.  Pelbagai aksi dan gelagat dapat disaksikan semasa acara tersebut berlangsung. Kejohanan pada kali ini turut dimeriahkan dengan acara ibu bapa dan guru. Antara acara yang dipertandingkan ialah mencari barang misteri, pijak belon, belon beracun dan acara kemuncaknya ialah tarik tali terbuka. Kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan jelas menunjukkan hubungan pihak sekolah dan masyarakat setempat begitu akrab dan ini yang kita mahukan.Pada kejohanan ini juga, dua orang peserta dipilih oleh barisan panel juri untuk memenangi anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Bagi kategori olahragawan dimenangi oleh Alif Rahimi bin Kamaruzzaman dan olahragawati dimenangi oleh Nor Aina Arissa.

Kejohanan sukan kali ke-48  ini memperlihatkan penguasaan dari awal oleh Rumah Kuning dan penguasaan tersebut diteruskan pada hari pertandingan dan akhirnya Rumah Kuning dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya sukan sekolah pada tahun ini. Manakala tempat kedua Rumah Biru, ketiga Rumah Merah dan keempat  Rumah Hijau.






Ucapan Pn. Siti Habsah bt. Ahmad, Guru Besar  

Ucapan Datuk Hj. Mohamad Mahzan, YDP PIBG


Ucapan perasmian Datuk Azizul Rahim Hj. Saedin

Bacaan Doa Ustaz Mohamad Helmi















































Disediakan oleh
NORDIN