Kejohanan Sukan
Tahunan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-48 yang berlangsung pada 12
Oktober 2014 yang lepas cukup meriah dengan kehadiran ibu bapa dan masyarakat
setempat.Sukan pada kali
meperlihatkan semangat gotong-royong yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli PIBG
dan penduduk setempat yang sanggup hadir ke sekolah demi memastikan perjalanan
sukan berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga menerima banyak sumbangan
daripada individu-individu yang bermurah hati untuk melihat temasya pada kali
disambut dengan meriah.
Perasmian
temasya kali ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Azizul Rahim bin Hj.
Saedin, Ketua Pegawai Eksekutif Mayang Sutera Holidays Sdn. Bhd. Beliau juga bermurah
hati memberi sumbangan khusus untuk kejohanan sukan pada kali ini. Selain itu,
acara cabutan bertuah dan gerai-gerai jualan turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada
pemenang yang bertuah. Sambutan daripada tetamu yang hadir amat menggalakkan
sekali. Mereka teruja melihat hadiah yang bakal diterima.Kejohanan pada
kali juga turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG, Datuk Hj. Mohamad Mahzan bin
Hj. Tamyiz dan Pengerusi JKKK Kampung Pulau Meranti serta beberapa dif jemputan
lain menggamatkan suasana dan menyuntik semangat para peserta yang bertanding.
Acara lintas
hormat oleh pembawa bendera kejohanan membuka tirai kejohanan sukan sekolah dan
disusuli dengan perarakan empat rumah sukan iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning.Sejurus
tamatnya perarakan rumah-rumah sukan, acara sukaneka, acara lari 60 meter, 80
meter dan 100 meter diadakan. Pelbagai
aksi dan gelagat dapat disaksikan semasa acara tersebut berlangsung. Kejohanan pada
kali ini turut dimeriahkan dengan acara ibu bapa dan guru. Antara acara yang
dipertandingkan ialah mencari barang misteri, pijak belon, belon beracun dan
acara kemuncaknya ialah tarik tali terbuka. Kesungguhan serta semangat yang
ditunjukkan jelas menunjukkan hubungan pihak sekolah dan masyarakat setempat
begitu akrab dan ini yang kita mahukan.Pada kejohanan ini juga, dua orang peserta dipilih oleh barisan panel juri untuk memenangi
anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Bagi kategori
olahragawan dimenangi oleh Alif Rahimi bin Kamaruzzaman dan olahragawati
dimenangi oleh Nor Aina Arissa.
Kejohanan sukan
kali ke-48 ini memperlihatkan penguasaan
dari awal oleh Rumah Kuning dan penguasaan tersebut diteruskan pada hari
pertandingan dan akhirnya Rumah Kuning dinobatkan sebagai juara keseluruhan
temasya sukan sekolah pada tahun ini. Manakala tempat kedua Rumah Biru, ketiga
Rumah Merah dan keempat Rumah Hijau.
![]() |
Ucapan Pn. Siti Habsah bt. Ahmad, Guru Besar |
![]() |
Ucapan Datuk Hj. Mohamad Mahzan, YDP PIBG |
![]() |
Ucapan perasmian Datuk Azizul Rahim Hj. Saedin |
![]() |
Bacaan Doa Ustaz Mohamad Helmi |
Disediakan oleh
NORDIN
No comments:
Post a Comment