Guru Bertugas:
1.Pn. Nor Saliza Bt Abdul Ghani
2.Pn. Salinda Bt Kadri
3.Pn. Ainul Fathiah Bt Muhd Fauzi
4.Pn. Sugunah A/P Ramamoorthy
Tiada perhimpunan rasmi (hari Isnin) kerana cuti Hari Raya Haji .Murid-murid kembali ke sekolah seperti biasa pada hari Rabu.
Pada hari Rabu, aktiviti sukaneka peringkat akhir bagi tahun 4 & 5 telah diadakan. Manakala,latihan sukaneka bagi tahap 1 dijalankan pada hari Khamis.Pada hari Khamis juga,murid-murid tahun 6 telah menghadapi peperiksaan UPSR untuk kertas yang terakhir iaitu Kertas 1 Matematik .Selepas peperiksaan,acara sukaneka tarik tali peringkat akhir telah diadakan.
Acara raptai penuh akan diadakan pada hari Jumaat dan Hari Sukan akan diadakan pada hari Ahad 12 Oktober 2014.Gotong-royong warga SKPM sempena Hari Sukan turut diadakan pada hari Sabtu ini.Semoga Hari Sukan tahun 2014 akan berjalan dengan lancar .
![]() | |||||||||
Murid-murid menduduki peperiksaan UPSR kertas terakhir Matematik 1 |
No comments:
Post a Comment