Tuesday, February 27, 2024

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM KALENDAR AKADEMIK SESI 2025/2026

 


Permohonan Kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi Akademik 2025/2026

📆 TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024
❇️https://eprasekolah.moe.gov.my

b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024
❇️Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang dimohon

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.


***Makluman tambahan permohonan secara dalam talian***

https://eprasekolah.moe.gov.my

LANGKAH-LANGKAH :

1. Muat turun dan fahami manual pengguna. 

2. Daftar pengguna dan simpan/cetak maklumat pengguna (kata laluan - simpan kata laluan untuk semak kelulusan permohonan dan rayuan)

3. Lengkapkan maklumat permohonan.

4. CETAK borang permohonan yang telah lengkap diisi.

5. SERAHKAN borang permohonan dan salinan dokumen yang disahkan ke Prasekolah SK Pulau Meranti sebelum tarikh tutup.



Tuesday, February 13, 2024

PROGRAM PENGURUSAN DIRI MURID TAHUN 6

 Pada 30 Januari 2024, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program pengurusan diri. Murid Perempuan diberikan taklimat pengurusan diri oleh Unit B&K manakala murid lelaki dikendalikan oleh Unit Pend. Islam.





Sunday, February 11, 2024

Makluman tentang Pembukaan kedai buku Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman tentang Pembukaan kedai buku Sekolah.

Terima kasih.




SENARAI BUKU









Friday, February 9, 2024

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SESI 2023/2024

PENGENALAN

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi 2023/2024 merupakan majlis kemuncak meraikan kejayaan dan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menyumbang jasa kepada pihak sekolah dalam bidang kokurikulum. Rentetan dengan berlangsungnya majlis ini, beberapa anugerah khas akan diberikan kepada murid yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 

Anugerah tersebut ialah;

  • Anugerah Gerinda Kristal (Pemulihan Khas) 
  • Anugerah NILAM 
  • Anugerah SINAR (Bestari, Nurani, Kesateria) 
  • Anugerah Perdana (Tokoh Bitara) 
  • Anugerah CITRA BESTARI 

      

 OBJEKTIF

  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah serta kepemimpinan.
  2. Memberi  motivasi kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi akademik pada masa depan.
  3. Memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah kerana berjaya menamatkan pembelajaran di sekolah ini.

BUKU PROGRAM 


LENSA KAMERA 










Thursday, February 8, 2024

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN SESI 2023/2024

 

TARIKH: 7 FEBRUARI 2024

HARI: RABU

TEMPAT: DEWAN SK PULAU MERANTI

 

MATLAMAT

1 Sebagai dorongan kepada murid dan guru agar cenderung bergiat aktif dalam aktiviti berkaitan sahsiah dan juga ko-kurikulum. 

2 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid. 

3 Melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan dalam kalangan murid. 

 

OBJEKTIF 

Objektif Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Penyampaian Sijil Penghargaan adalah untuk menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam aktiviti berkaitan sahsiah dan juga ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya bertujuan untuk; 

1 Memupuk semangat bersatu padu, bekerja dalam satu pasukan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform. 

2 Melahirkan pelajar dan pemimpin yang berketrampilan, berdedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber. 

3 Menggalakkan pelajar untuk menunjukkan ciri ciri kepimpinan serta memupuk sikap disiplin yang tinggi dalam diri. 

 

TENTATIF PROGRAM

SIDANG 1 : PENYAMPAIAN ANUGERAH KO-KURIKULUM 20223/2024 

1.Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor 

2. Bacaan Doa 

3. Gimik pelancaran 

4. Ucapan Guru Besar SK Pulau Meranti 

Antara intipati ucapan ialah:-

-Majlis sebegini memberi penghargaan kepada murid-murid yang terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum selepas berusaha sebaik  mungkin.

-Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan bidang kokurikulum selain bidang akademik.

-Penglibatan dalam kokurikulum dapat menyumbang markah kepada murid dalam PAJSK.

-Usaha keras murid akan memperoleh kejayaan cemerlang.

-Ucapan terima kasih kepada jurulatih, guru penasihat setiap bidang dan warga sekolah kerana berusaha gigih melatih dan membimbing murid-murid.

 

5. Ucapan perasmian oleh Timbalan Pegawai PPD Sepang, En Norazlan bin Ahmad Kanal

Antara intipati ucapan ialah:-

-ucapan tterima kasih kepada jawatankuasa  Majlis Apresiasi Kokurikulum  kerana dapat melaksanakan majlis dengan gemilang.

- Majlis sebegini dapat meraikan, mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam kokurikulum.

-Ucapan tahniah kepada warga SKPM kerana usaha keras melatih dan membimbing murid-murid.

-Harapan murid-murid terus cemerlang dalam bidang kokurikulum selain akademik.

-Gabungan kokurikulum, akademik dan rahmah insahniah merupakan gabungan yang mampu meningkatkan kecemerlangan murid-murid, sekali gus mampu melayakkan murid-murid memohon ke sekolah berasrama penuh.

-keperluan kokurikulum di sekolah sangat penting. Jadi, murid perlu terlibat aktif dalam kesemua bidang untuk mendapat markah yang tinggi dalam PAJSK.

-Memohon ibu bapa menggalakkan atau mewajibkan anak-anak hadir dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

-Seandainya murid dapat mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah atau negeri, maka bakat murid boleh terus diasah.

-Memohon ibu bapa terutama PIBG bersama warga,sekolah dalam menjayakan KPI sekolah, dengan harapan anak-anak berjaya dunia akhirat.

 

6. Penyampaian cenderahati perasmi 





Penyampaian Sijil Apresiasi Murid; 

Sijil Penghargaan Penyertaan Murid 

Sijil Penghargaan Pencapaian Murid 

Nur Maleeka Maritza binti Mohd Shah Rizal (6 Dahlia)


Azra Raihana binti Azrin (6 Dahlia)

Azra Zahirah binti Azrin (5 Saga)

Nur Fazya Hanny binti Nasrul Hadi(5 Saga)


Putri Ayra Sofea binti Mohd Hafiz (5 Saga)

Nur Dina Safiyyah binti Khazali (5 Saga)

Ahmad Fitri Darwisy bin Mohd Firdaus (6 Cempaka)

Muhammad Adam bin Khairul Suffian (6 Mawar)



Penyampaian Anugerah Pencapaian Tertinggi; 

 Anugerah Pencapaian Tertinggi Unit Beruniform 

Azra Raihanah binti Azrin (6 Dahlia)




Anugerah Pencapaian Tertinggi Kelab dan Persatuan

Nur Maleeka Maritza binti Mohd Shah Rizal (6 Dahlia)


Anugerah Pencapaian Tertinggi Sukan dan Permainan 

Muhammad Akif Dzahin bin Hasniruddin (6 Dahlia)


Penyampaian Anugerah Tokoh; 

Tokoh Ko-Kurikulum Unit Beruniform 

Afif Hazriq bin Azwan Hazle (6 Dahlia)

Azra Raihana binti Azrin (6 Dahlia)


Tokoh Ko-Kurikulum Kelab dan Persatuan 

Muhammad Irwan Taqyuddin bin Mohd Ridzuan

 (5 Persona)

Nur Dina Shafiyah binti Khazali (5 Saga)


Tokoh Ko-Kurikulum Sukan dan Permainan 



Zunnur Hanuna binti Zuraimi (5 Saga)

Muhammad Adam Darwisy bin Zaharizal (6 Dahlia)



SIDANG 2 : PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN  

Penyampaian Sijil Penghargaan 

Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas / Ketua Kebersihan


Ketua Kelas tahun 1



Ketua Kelas Tahun 2




Ketua Kebersihan Tahun 1 & 2


Ketua Kelas Tahun 3



Ketua Kelas Tahun 4

Ketua Kelas Tahun 5



Ketua Kelas Tahun 6

Pengawas Sekolah 



Pengawas Sekolah Tahun 2


Wakil Pengawas Tahun 3, 4 & 5





Barisan Pengawas Tahun 6


Pengawas Pusat Sumber 


Pengawas Pusat Sumber Tahun 2







Barisan Pengawas Pusat Sumber Tahun 3, 4, 5 & 6


Wakil Pengawas PPDA 

Wakil PRS 


Wakil Anugerah QM 



Wakil Pengawas SPBT 




Anugerah Tokoh Harapan Kokurikulum 2023/2024 


Azra Zahira binti Azrin (5 Saga)


Anugerah Tokoh Harapan Sahsiah 2023/2024


Khairul Fatih Al-Faqih bin Khairul Amir (5 Saga)



LENSA KAMERA