Friday, February 9, 2024

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SESI 2023/2024

PENGENALAN

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi 2023/2024 merupakan majlis kemuncak meraikan kejayaan dan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menyumbang jasa kepada pihak sekolah dalam bidang kokurikulum. Rentetan dengan berlangsungnya majlis ini, beberapa anugerah khas akan diberikan kepada murid yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 

Anugerah tersebut ialah;

  • Anugerah Gerinda Kristal (Pemulihan Khas) 
  • Anugerah NILAM 
  • Anugerah SINAR (Bestari, Nurani, Kesateria) 
  • Anugerah Perdana (Tokoh Bitara) 
  • Anugerah CITRA BESTARI 

      

 OBJEKTIF

  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah serta kepemimpinan.
  2. Memberi  motivasi kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi akademik pada masa depan.
  3. Memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah kerana berjaya menamatkan pembelajaran di sekolah ini.

BUKU PROGRAM 


LENSA KAMERA 










No comments: