Wednesday, April 19, 2023

CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI DAN CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL 1

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 

19 April 2023 (Rabu) hingga 1 Mei 2023 (Isnin)

Sekolah akan dibuka semula pada 2 Mei 2023 (Selasa)

Pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan selamat bercuti. 


Jaga keselamatan,

Jaga kesihatan.

Jauhi COVID-19.


PROGRAM "SEBAKUL KASIH SEIKHLAS HATI" PANDU PUTERI TUNAS



      Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan Allah menjanjikan ganjaran pahala kepada orang yang membuat kebaikan. Salah satu amalan kebaikan yang boleh dilakukan ialah bersedekah. Program ‘Sebakul Kasih Seikhlas Hati’ ini ialah satu program untuk membantu murid-murid aliran perdana yang terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dengan memberi barang keperluan harian demi meneruskan kelangsungan hidup.

Antara objektif program ini ialah:
       1)   Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan berpuasa
2) Membantu pelajar dalam kalangan anak yatim dan pelajar kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.
   3) Memberikan pendedahan kepada ahli Pandu Puteri Tunas tentang kelebihan bersedekah dan membantu rakan-rakan yang kurang berkemampuan.
       4)  Menyantuni murid-murid yang kurang berkemampuan.
5)  Menimbulkan rasa keinsafan dan lebih menghargai rakan-rakan kurang berkemampuan
6) Membantu pelajar dalam kalangan anak yatim dan pelajar kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.
       7)  Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.

          Pada 12 April 2023 yang lalu, telah diadakan juga tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Helmi bin Jumri yang bertajuk "Hebatnya Sedekah Bulan Ramadhan" yang merupakan salah satu aktiviti di bawah program "Sebakul Kasih Seikhlas Hati"

Tazkirah "Hebatnya Sedekah Ramadhan pada 12 April 2023"

            Sehubungan dengan itu, beberapa orang murid Pandu Puteri Tunas telah secara sukarela turut membantu merealisasikan progam ini sejak dari awal. Mereka telah membantu menyediakan hamper yang akan disumbangkan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Mereka juga turu membantu menyediakan persiapan tempat sebelum Majlis Penyerahan Sumbangan dijalankan.

Penyediaan hamper oleh ahli PPT

Persiapan tempat

         Pandu Puteri Tunas mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli Pandu Puteri Tunas SK Pulau Meranti, orang perseorang dan agensi-agensi yang turut membantu memberi sumbangan kepada kami dalam merealisasikan program ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya.

Murid bersama ahli keluarga yang menerima sumbangan pada hari ini

Antara penerima sumbangan

Penyampaian sijil kepada ahli sukarelawan PPT

"Tulang belakang" Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati 


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-5 (SESI PAGI)

  • TARIKH: 17 April 2023
  • MINGGU: 5
  • KUMPULAN: Kumpulan 5 (Sesi Pagi)

Guru Bertugas

  • En, Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Pn. Suriatie binti Che Lah 
  • Pn. Norjaya binti Sumaleh
  • Pn. Maziana binti Mustaffa



Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis: En. Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: En. Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Bacaan Doa : Muhammad Aqeef Izdiyad bin Norasmawi (5 Iswara)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Ikrar Murid : Auni Faqiha binti Ahmad Rithauddeen (6 Dahlia)

Pengerusi Majlis & Bacaan Ikrar Rukun Negara


Bacaan Doa


Ikrar Murid

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin
  • Murid perlu beratur dan berjalan dalam satu barisan semasa waktu pulang
  • Murid dilarang berlari kerana kawasan sekolah mempunyai banyak laluan bertar dan longkang yang akan membahayakan murid.
  • Murid tidak dibenarkan "lepak" di bilik-bilik khas semasa waktu rehat. Murid perlu berada di dalam kelas masing-masing dan mengikuti aktiviti yang dijalankan.
  • Diharap murid dapat membuat perubahan diri kepada yang lebih baik.


Laporan Guru Bertugas
  • Disampaikan oleh En. Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Tema: Disiplin "Kehadiran/Ponteng"
  • Pada bulan Ramadhan, murid tidak sepatutnya hadir lewat ke sekolah kerana telah bangun awal untuk bersahur.
  • Murid yang tidak hadir tanpa sebab (tiada hitam putih dari pihak ibu bapa), tindakan tegas akan diambil mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
  • Murid bukan sahaja tidak boleh ponteng sekolah tetapi juga tidak boleh ponteng kelas.


Ucapan Guru Bimbingan dan Kaunseling
  • Murid diingatkan supaya minum air suam yang lebih banyak semasa berbuka puasa/malam/sahur kerana cuaca sekarang yang agak panas untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Murid diingatkan supaya jangan bermain mercun dengan cara yang merbahaya.
  • Murid juga dilarang membawa mercun ke sekolah.
  • Selepas cuti hari raya, semua murid wajib beruniform lengkap pada hari Isnin (bertali leher bagi lelaki) dan rambut yang pendek.


Ucapan Guru Besar
  • Murid diingatkan supaya menjaga diri sepanjang masa kerana kes Covid-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
  • Makluman cuti sempena hari raya dan cuti pertengahan semester 1 adalah bermula 19 April 2023 hingga 1 Mei 2023. Murid akan mula bersekolah pada 2 Mei 2023.
Disiplin murid: Baik dan terkawal

LENSA KAMERA






Monday, April 17, 2023

 

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG  MINGGU 5 (2023/2024)


LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 5 2023/2024

TARIKH: 17 - 18 APRIL 2023

MINGGU: 5

KUMPULAN: KUMPULAN 2


GURU BERTUGAS

  1. PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR
  2. CIK AMIRATUL ARIFAH BINTI ABDUL FATAH
  3. PN. NASIBAH BINTI SAIRI
  4. PN. NORSALIZA BINTI ABDUL GHANI
  5. PN. Y NURYATI BINTI ABU BAKAR
  6. TN HAJI SOFIAN BIN ABDULLAH



TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Murid Tahun 1 dan Murid Tahun 2 mula belajar mengikut jadual kelas baru (1 Jujur telah dibubarkan kerana kekurangan guru)
  3. Memantau dan mengawal pergerakan murid yang tidak berpuasa rehat di kantin serta murid yang berpuasa rehat di surau.
  4. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  5. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  6. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan iaitu jam 5.30 petang sepanjang bulan Ramadhan.


LENSA KAMERA










Wednesday, April 12, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU 4 2023/2024

 Tarikh: 10 - 14 April 2023

Minggu: 4

Kumpulan : 4


GURU BERTUGAS

1. Encik Nordin Bin Mat Hussin -Ketua

2. Encik Noorhisham bin Mohd Noor

3. Puan Wan Sarinah binti Wan Ibrahim

4. Puan Nurhafizah binti Udin

5. Puan Siti Aniqah binti Saineh


AKTIVITI

1. Pengerusi Majlis: En. Muhammad Aliff Shah


2. Nyanyian 3 buah lagu

  • Lagu Negaraku
  • Lagu Negeri Selangor
  • Lagu Sekolah

3. Bacaan Doa: Adam Syarif bin Hilmi


4. Ikrar Rukun Negara: En. Nordin


5. Ikrar Murid: Putri Ayra Sofea



6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas


  • Disampaikan oleh Madam Nirawaty.
  • Beliau mengingatkan supaya murid-murid tidak berlegar2 di dataran perhimpunan dan dataran berbumbung semasa rehat. Murid - murid perlu berada di dalam kelas sepanjang waktu rehat.
  • Beliau juga mengingatkan supaya murid-murid tidak bermain di bukit semasa menunggu van atau ibu bapa pada waktu balik. Murid-murid hendaklah menunggu van dengan baik serta tunggu sehingga van berhenti sebelum menaikinya.

7. Ucapan Guru Disiplin


  • Disampaikan oleh Ustaz Helmi. 
  • Beliau mengingatkan murid-murid tentang pakaian sekolah. Murid-murid hendaklah memakai uniform dengan lengkap dan kemas. 
  • Beliau juga mengingatkan hari yang murid-murid boleh berpakaian sukan adalah pada hari Selasa dan Rabu sahaja.

8. Ucapan Guru Bertugas


  • Disampaikan oleh En. Nordin
  • Tema: Disiplin 'Pakaian'
  • Setiap murid perlu mematuhi peraturan sekolah.
  • Murid-murid boleh mematuhi peraturan dengan memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh sekolah.
  • Murid-murid perlu berpakaian uniform lengkap dengan lencana dan tanda nama.
  • Stokin perlu dipakai. Bagi murid lelaki pula wajib untuk memakai tali leher.

9. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (Pn. Raihan Bt Faissal)


  • Beliau juga mengulas semula disiplin 'pakaian' yang telah disampaikan oleh Cikgu Nordin.
  • Murid-murid perlu mematuhi semua peraturan dan disiplin sekolah.

LENSA KAMERA









Friday, April 7, 2023

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER PERINGKAT SK PULAU MERANTI SESI 2023/2024

 

Pada 6 April 2023 (Khamis) telah diadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi pagi dan petang. Seramai 62 murid sesi pagi dan 10 murid sesi petang menerima watikah pelantikan pada hari ini. Penyerahan watikah sesi pagi dan petang telah disempurnakan oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti) diiringi oleh Puan Rosmah binti Jamat (PK Pentadbiran), Puan Parimala a/p Vengadaslam (PK Petang), En. Muhammad Samsolri bin Ismail (PK HEM) dan Puan Raihan bin Md Faissal (PK Kokurikulum). Selepas penyerahan watikah pelantikan, semua pengawas pusat sumber melafazkan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas. Semoga dengan adanya pengawas pusat sumber ini dapat membantu guru-guru dalam kerja harian terutamanya di sekolah. Semoga mereka juga dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berwibawa. Syabas dan tahniah kepada semua pengawas pusat sumber yang telah dilantik pada tahun ini.