Pada
6 April 2023 (Khamis) telah diadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi pagi dan petang. Seramai 62 murid sesi
pagi dan 10 murid sesi petang menerima watikah pelantikan pada hari ini.
Penyerahan watikah sesi pagi dan petang telah disempurnakan oleh Puan Siti
Habsah binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti) diiringi oleh Puan Rosmah
binti Jamat (PK Pentadbiran), Puan Parimala a/p Vengadaslam (PK Petang), En.
Muhammad Samsolri bin Ismail (PK HEM) dan Puan Raihan bin Md Faissal (PK
Kokurikulum). Selepas penyerahan watikah pelantikan, semua pengawas pusat
sumber melafazkan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas. Semoga dengan adanya
pengawas pusat sumber ini dapat membantu guru-guru dalam kerja harian
terutamanya di sekolah. Semoga mereka juga dapat melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berwibawa. Syabas dan tahniah kepada
semua pengawas pusat sumber yang telah dilantik pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment