Friday, April 7, 2023

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PRS, PPDa DAN SPBT PERINGKAT SK PULAU MERANTI SESI 2023/2024

 
Pada 6 April 2023 (Khamis) telah diadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PRS, PPDa dan SPBT bagi sesi pagi. Seramai 23 murid sesi pagi menerima watikah pelantikan pada hari ini. Penyerahan watikah sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad (Guru Besar SK Pulau Meranti) diiringi oleh Puan Rosmah binti Jamat (PK Pentadbiran), En. Muhammad Samsolri bin Ismail (PK HEM) dan Puan Raihan bin Md Faissal (PK Kokurikulum). Selepas penyerahan watikah pelantikan, semua pengawas melafazkan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas. Semoga dengan adanya pengawas ini dapat membantu guru-guru dalam kerja harian terutamanya di sekolah. Semoga mereka juga dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berwibawa. Syabas dan tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik pada tahun ini.




No comments: