Wednesday, April 19, 2023

PROGRAM "SEBAKUL KASIH SEIKHLAS HATI" PANDU PUTERI TUNAS



      Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan Allah menjanjikan ganjaran pahala kepada orang yang membuat kebaikan. Salah satu amalan kebaikan yang boleh dilakukan ialah bersedekah. Program ‘Sebakul Kasih Seikhlas Hati’ ini ialah satu program untuk membantu murid-murid aliran perdana yang terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dengan memberi barang keperluan harian demi meneruskan kelangsungan hidup.

Antara objektif program ini ialah:
       1)   Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan berpuasa
2) Membantu pelajar dalam kalangan anak yatim dan pelajar kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.
   3) Memberikan pendedahan kepada ahli Pandu Puteri Tunas tentang kelebihan bersedekah dan membantu rakan-rakan yang kurang berkemampuan.
       4)  Menyantuni murid-murid yang kurang berkemampuan.
5)  Menimbulkan rasa keinsafan dan lebih menghargai rakan-rakan kurang berkemampuan
6) Membantu pelajar dalam kalangan anak yatim dan pelajar kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.
       7)  Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.

          Pada 12 April 2023 yang lalu, telah diadakan juga tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Helmi bin Jumri yang bertajuk "Hebatnya Sedekah Bulan Ramadhan" yang merupakan salah satu aktiviti di bawah program "Sebakul Kasih Seikhlas Hati"

Tazkirah "Hebatnya Sedekah Ramadhan pada 12 April 2023"

            Sehubungan dengan itu, beberapa orang murid Pandu Puteri Tunas telah secara sukarela turut membantu merealisasikan progam ini sejak dari awal. Mereka telah membantu menyediakan hamper yang akan disumbangkan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Mereka juga turu membantu menyediakan persiapan tempat sebelum Majlis Penyerahan Sumbangan dijalankan.

Penyediaan hamper oleh ahli PPT

Persiapan tempat

         Pandu Puteri Tunas mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli Pandu Puteri Tunas SK Pulau Meranti, orang perseorang dan agensi-agensi yang turut membantu memberi sumbangan kepada kami dalam merealisasikan program ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya.

Murid bersama ahli keluarga yang menerima sumbangan pada hari ini

Antara penerima sumbangan

Penyampaian sijil kepada ahli sukarelawan PPT

"Tulang belakang" Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati 


No comments: