Friday, August 25, 2023

MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) PERINGKAT SK PULAU MERANTI 2023 (SESI PAGI)

Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2023 (Sesi Pagi)


Tarikh : 25 Ogos 2023 

Hari : Jumaat 

Masa : 7. 30 pagi

Tempat : Dataran Ilmu 

Dirasmikan oleh : Puan Hajah Norlita binti Ramli (Guru Besar SK Pulau Meranti) 


💉Program Pendidikan Pencegahan Dadah ini diadakan setiap tahun di semua sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti selaras dengan arahan KPM utk menyokong sambutan hari anti dadah peringkat kebangsaan. 


💉Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khsusnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah. 


💉Matlamat program ini dilaksanakan adalah sebagai langkah pendidikan & pencegahan agar warga kolej tidak terjerumus ke dalam najis dadah. 


💉Terdapat banyak aktiviti yg dilaksanakan sepanjang minggu PPDa ini. Antaranya : 

📌Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi 

📌Pertandingan Poster Doodles Anti Dadah

📌Kuiz Anti Dadah

📌 Mesej 5 minit Bahaya


#LebihBaikCegah  #HidupSihatTanpaDadah


LENSA KAMERA









Wednesday, August 23, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 21 SESI PAGI

 Tarikh : 21 Ogos 2023

Minggu : 21

Tema : Amanah


GURU BERTUGAS:

EN. MOHAMMAD RIZWAN BIN MAT RIFIN
EN. MOHAMMAD HILMI BIN JUMRI
PN. CHE MARIAH BINTI NGAH
PN. DIANA BINTI MOHD YUSOFF
PN. NIRAWATY BINTI MOHD NOR

Pengacara Majlis oleh Syaza Maisarah (6 Dahlia)

Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dikendalikan oleh Fifie dan Dina (5 Saga)

Bacaan doa oleh Khairul Fateh (5 Saga)

Ikrar Rukun Negara dibaca oleh Syaza Maisarah (6 Dahlia)


Ikrar murid dibaca oleh Azra Zahira (5 Saga)


Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nurain:
- Beratur semasa membeli makanan
-Tidak berlari sewaktu van datang.
- Sentiasa menjaga kebersihan di dalam kelas.


Ucapan guru bertugas minggu ini oleh En. Mohammad Rizwan:
- Murid dingatkan supaya sentiasa bersikap amanah. Amanah menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Amanah mematuhi peraturan sekolah supaya ilmu diberkati.

Ucapan Guru Disiplin iaitu En. Mohammad Hilmi:
- Tanggungjawab sebagai seorang murid apabila berada di sekolah

Ucapan Guru PK HEM - En. Muhamad Samsolri:
- Murid dinasihatkan supaya tidak terlalu leka dengan media sosial
- Tanggungjawab sebagai seorang murid harus diutamakan.

LENSA KAMERA








Friday, August 18, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU 20 2023/2024

TARIKH              : 14 OGOS -  18 OGOS 2023

MINGGU             : KE-20

KUMPULAN       : KUMPULAN 2 

TEMA                   : BERFIKIRAN POSITIF


Guru Bertugas:

1. Tuan Haji Sofian bin Abdullah (Ketua)

2. Pn. Y. Nuryati  binti Abu Bakar

3. Pn. Shurainee Hanim binti Mohamad Nor

4. Cik Amiratul Arifah binti Abdul Fattah

5. Pn. Nasibah binti Sairi

6. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani




TUGASAN SEPANJANG MINGGU"

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu pagar sekolah bermula jam 12.30 tengah hari. 

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi guru mata pelajaran terakhir.

4. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan. 

5. Tiada Perhimpunan pada minggu ini memandangkan Hari Isnin cuti sempena PRN Selangor.


Waktu datang ke sekolah di pagar

Waktu datang ke sekolah di dataran berbumbung

Waktu rehat di kantin

Waktu pulang sekolah



PROGRAM MINGGU INI:

Aktiviti 1                   : Ekspresi Meranti (Bahasa Inggeris)
Tarikh                       : 15 Ogos 2023 (Selasa)
Dikendalikan oleh    : Pn. Y. Nuryati




Aktiviti 2                   : Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 
Tarikh                       : 16 Ogos 2023 (Rabu)
Dikendalikan oleh    : Pn. Syazwani Sanusi (Penyelaras) dan Pn. Haniza (emcee)



Aktiviti 3                   : Ekspresi Meranti (Bahasa Melayu)
Tarikh                       : 17 Ogos 2023 (Khamis)
Dikendalikan oleh    : Pn. Syazwani Sanusi & Cik Amiratul Arifah




Friday, August 11, 2023

LAPORAN GURU BERTUGAS, SESI PETANG MINGGU KE-19 2023

Tarikh: 17 Julai – 21 Julai 2023

Tema Minggu Ke - 16: Sedekah

Tema Warna: Biru


GURU BERTUGAS

1. Pn. Nur Syazwani Binti Sanusi (Ketua)

2. En. Mohd Kamarulizam Bin Ngah

3. Pn. Venessa Tan Zhi Wei

4. Pn. Azilah Binti Marudin

5. Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan

6. Pn. Sharifah Nurul Hafizah Binti Syed Omar


TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI
1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.

4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.

5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.

6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin dan Selasa manakala jam 5.50 petang bagi hari Rabu, Khamis dan Jumaat.


LENSA KAMERA

Murid Hadir ke Sekolah


Perhimpunan Isnin
 
 


Pelancaran Program Ekspresi Meranti





Ekspresi Meranti Panitia Matematik

Ekspresi Meranti Panitia Sains