Tuesday, November 26, 2019

MAJLIS PERSARAAN PUAN SITI JUITAH BINTI IBRAHIM

MAJLIS PERSARAAN PUAN SITI JUITAH BINTI IBRAHIM

     Pada 22 November 2019, Majlis Persaraan Puan Situ Juitah Binti Ibrahim telah diadakan.  Majlis ini bertujuan untuk merenung kembali kenangan-kenangan manis dan menghargai sumbangan yang telah disumbangkan oleh Puan Siti Juitah semasa dalam perkhidmatan beliau. Butiran program tersebut adalah sebagaimana berikut :


  • Tarikh     : 22 November 2019
  • Hari         : Jumaat
  • Masa       : 8.30 -11.50
  • Tempat.   : Dewan SK Pulau Meranti
  • Tentatif   :


8.30 pagi : Para tetamu masuk ke dalam dewan
8.45 pagi : Perarakan yang diraikan masuk ke dewan
9.00 pagi : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

                : Bacaan doa
                : Ucapan alu-aluan Guru Besar
                : Ucapan K.P Bahasa Melayu
                : Ucapan yang diraikan
                : Persembahan multimedia
                : Persembahan murid
                : Persembahan guru
10.00pagi: Penyampaian Hadiah dari warga sekolah
                : Sesi bergambar
10.30pagi: Murid rehat
                : Jamuan guru
11.30pagi: Perarakan lambaian terakhir
11.50pagi: Majlis bersurai
























Tuntasnya, sekalung tahniah dan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini khasnya buat Puan Guru Besar, guru-guru, staff dan pengelola yang berganding bahu menjayakan dan memberikan sokongan kepada majlis ini secara langsung mahupun tidak.
Segala kekurangan didadahulukan dengan ribuan kemaafan dan segala kerjasama dan pemahaman daripada semua pihak khususnya puan guru besar, para guru, dan staff SK Pulau Meranti diucapkan ribuan terima kasih.

Monday, November 25, 2019

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PPSR & UPSR 2019

21 November 2019, Sesi penyerahan keputusan PPSR & UPSR 2019 telah dilaksanakan sepenuhnya pada hari ini kepada seramai 84 calon UPSR.  Majlis taklimat ringkas bersama ibu bapa telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Dewan Seri Meranti. Alhamdulillah, SKPM mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR dengan pencapaian MTM 82%. Semasa sesi penyerahan keputusan PPSR, setiap murid telah menerima:

  1. Slip Keputusan UPSR
  2. Sijil PAJSK
  3. Slip Pentaksiran Psikometrik (PPSi)
  4. Slip Pentaksiran Bilik darjah (PBD)

Berikut adalah keputusan penuh pencapaian MTM UPSR bagi tahun ini

  1. Bahasa Melayu Pemahaman 97.6%
  2. Bahasa Melayu Penulisan 98.8%
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman 90.5%
  4. Bahasa Inggeris Penulisan 88.1%
  5. Matematik 86.9%
  6. Sains 97.6%
Seramai 2 orang murid telah mendapat keputusan 6A, 5 orang murid mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A.
  1. AIZA ARYANA BINTI ZOLKARNAIN - 6A
  2. NUR AINAA BATRISYIA BINTI MUHAMAD FAUZI - 6A
  3. ADHAM FAHMI BIN YUSNIZAN - 5A 1B
  4. ABLEN EUSOFF BIN ABLEN LAMDEK - 5A 1B
  5. LYDIA NATALINDA BINTI IDERIS - 5A 1B
  6. NUR ASYIQIN BINTI AZROL NIZAM - 5A 1B
  7. NUR MUHAMMAD RABBAANII BIN RAMLAN - 5A 1C
  8. NURADRIANA BATRISYIA BINTI NORDIN - 4A 2B
  9. FAWWAZ ZAFRI BIN FAIRUZ ZAMER - 4A 2B
  10. ADEENA SAFIYAH BINTI HILMI - 4A 2B
Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid tahun 6 atas pencapaian yang diperolehi.






Saturday, November 23, 2019

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN BKGS 2019


MAJLIS Jamuan akhir tahun bkgs 2019 

Pada 23 November 2019, satu Majlis Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru dan Staff (BKGS) 2019 telah diadakan. Jamuan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan sebagai majlis penutup bagi tahun 2019. Butiran program tersebut adalah sebagaimana berikut :

Ø TARIKH           : 23 NOVEMBER 2019
Ø HARI               : SABTU
Ø MASA             : 12.00 TENGAH HARI – 4.00 PETANG
Ø TEMPAT         : RESTORAN MOVEN PICK, TABUNG HAJI
Ø ANJURAN       : BKGS SESI 2018/2019

Ø TENTATIF       :


v 11.30 pagi                       
 ~ Pendaftaran

v 12.00 tengah hari           
~ Ucapan aluan pengerusi majlis
              ~ Bacaan doa 
              ~ Ucapan Wakil AJK BKGS sesi 2018/2019
              ~ Ucapan Perpisahan En.Mohd Syukur
              ~ Penyampaian Cenderahati
              ~ Ucapan Perpisahan Pn. Siti Juitah
              ~ Penyampaian Cenderahati 

v 1.00 tengah hari             
 ~ Menjamu Selera
              ~ Cabutan Bertuah
              ~ Penyampaian Anugerah Misteri 
              ~ Penyampaian Anugerah  Pakaian Terbaik Lelaki
              ~ Penyampaian Anugerah  Pakaian Terbaik Wanita
              ~ Sesi Fotografi 

v 4.00 petang                    
~  Bersurai.



Ø SEKILAS DARI LENSA KAMERA… 


 
Ucapan aluan pengerusi majlis, En. Riza Feelaqiz.



 
Ucapan Perpisahan En. Mohd Syukur. 



  
Penyampaian Cenderahati kepada En. Mohd Syukur.



 




 



 



  



  
Ucapan perpisahan Pn. Siti Juitah dan penyampaian cenderahati kenang-kenangan 
kepada beliau.



  




  




 




 
Suasana di meja makan.  



  
Suasana ketika majlis dijalankan. 



 




   




  




  




  




  








  




  





 





  





  
Sesi cabutan bertuah.



  




  




  




  



 

  
Penyampaian anugerah pakaian terbaik lelaki.



  
Penerima anugerah pakaian terbaik lelaki dan wanita bertema Batik Jawa bagi 
Majlis Jamuan Akhir Tahun BKGS 2019.



  
Sesi fotografi bagi mengabadikan kenangan bersama.



  




  




  




  




  




  



  




  




 
Sesi fotografi akhir semua guru dan staff setelah majlis selesai dijalankan.



  




 





Ø HARAPAN :

Tuntasnya, sekalung tahniah dan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini khasnya buat Puan Guru Besar, guru-guru, staff dan pengelola yang berganding bahu menjayakan dan memberikan sokongan kepada majlis ini waima secara langsung mahupun tidak.
Segala kekurangan didadahulukan dengan ribuan kemaafan dan segala kerjasama dan pemahaman daripada semua pihak khususnya puan guru besar, para guru, dan staff SK Pulau Meranti diucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita bersua lagi pada tahun hadapan dengan pengisian-pengisian yang pastinya lebih menarik dan signifikan.