Saturday, November 16, 2019

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H / 2019M



SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL 1441H / 2019
PERINGKAT SEKOLAH

Hari         : Jumaat
Tarikh      : 15 November 2019 / 18 Rabiul Awal 1441H
Masa       : 7:30 pagi (sesi pagi)  / 2:20 petang (sesi petang)
Tempat   : Dewan SKPM

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 1441H / 2019M dengan tema “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”, telah berjaya dilaksanakan. Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini disambut penuh ketaqwaan dan kesyukuran dengan pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan kepada Rasullah SAW. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk pengisian majlis ini. 

  • Ceramah Maulidur Rasul.
  • Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
  • Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1.
  • Kuiz Maulidur Rasul bagi Tahap 2. 


Majlis dimulakan dengan bacaan yaasin yang diketuai oleh Ustaz Helmi.

Tn. Hj. Sofian telah menyampaikan Ceramah Maulidur Rasul.


Murid-murid tekun mendengar ceramah yang disampaikan.
Sebahagian guru dan murid bersedia untuk berarak.


Murid-murid bersama guru berarak dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Murid-murid berarak mengelilingi padang sekolah.


Murid-murid teruja dalam bersama-sama perarakan Sambutan Maulidur Rasul.

Pertandingan mewarna juga diadakan untuk pengisian Sambutan Maulidur Rasul kali ini.


Sesi soal jawab bersama Tn. Hj. Sofian.
Penyampaian hadiah,

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.
Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang menganjurkan program dan semua guru yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis.











No comments: