Tuesday, November 5, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 41)

Tarikh   : 4 November 2019
Hari      : Isnin
Tempat : Dataran Berbumbung
Masa    : 3.40-4.10 petang

Guru Bertugas :

1) Dr Shamsiah binti Daud
2) Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
3) Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan

Pengerusi Majlis : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa

Aktiviti Minggu Ini  :

1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2) Bacaan doa : Mohd Najmi bin Johan (3G)
3) Ikrar Rukun Negara : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
4) Ikrar Murid : Aulia Chairunnisa (3G)
5) Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa

6) Ucapan Guru Bertugas 

  • Disampaikan oleh Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
  • Tema : Hormat Menghormati
  • Murid hendaklah sentiasa berakhlak mulia dengan menunjukkan rasa hormat kepada ibubaba, guru-guru dan rakan rakan.
  • Guru bertugas memberikan contoh kepada murid cara menghormati guru dan rakan di sekolah.

7)Laporan Bertugas Minggu Lepas:

  • Disampaikan oleh Pn Y Nuryati binti Abu Bakar
  • Disiplin murid ketika beratur pulang ke kelas kurang memuaskan. 
  • Murid perlu lebih berdisiplin ketika berada di dalam kelas masing-masing.

8)Ucapan  Penolong Kanan Petang

  • Tiada.

9)Hal-hal Lain

  • Guru bertugas memaklumkan kutipan buku teks tahun 2 akan dilaksanakan pada esok hari iaitu,pada hari Selasa, 5 November 2019. Semua murid tahun 2 diingatkan agar membawa semua  buku teks dan mengikat buku tersebut dengan kemas. 
  • Pn Y Nuryati mengingatkan murid yang terlibat dengan Anugerah Kokurikulum perlu hadir pada hari Khamis sesi pagi, manakala murid yang tidak terlibat direhatkan pada hari tersebut.
  • Guru bertugas memaklumkan hari Jumaat akan diadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah. Semua murid perlu hadir pada sesi pagi sahaja.


LENSA KAMERA

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah

Bacaan Doa

Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalanraya

Ikrar Murid

Ucapan Guru Bertugas





No comments: