Thursday, November 14, 2019

Hari Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2019

Hari Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2019


14 November 2019 (Khamis) - Hari Apresiasi Kecemerlangan Pelajar 2019, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah diadakan di Dewan Auditorium LKIM, Pulau Meranti dengan gemilangnya. Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Aktiviti tahunan sekolah ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini secara tidak langsung dapat membakar semangat murid berkenaan agar terus gigih berusaha. Dalam pada masa yang sama, diharap agar murid yang lain dapat menjadikan murid cemerlang ini sebagai model.

Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Pengurusan hadiah dan latihan persembahan murid dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja sampingan seperti hiasan pentas dan photobooth dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak dua kali bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Majlis ini dimulakan dengan perarakan masuk 100 orang para graduan Prasekolah dan 84 orang murid Tahun 6 berserta dengan perarakan masuk tetamu VIP dan perasmi.

Seterusnya, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Tuan Haji Sofian Bin Abdullah. Selesai bacaan doa, ucapan alu-aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puan Siti Habsah Binti Ahmad serta ucapan alu-aluan YDP PIBG Encik Azwan Hazle Bin Aminuddin.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Bahagian Dengkil.

Selesai ucapan perasmian serta gimik perasmian, tetamu di dalam dewan diserikan dengan persembahan tarian daripada murid-murid pra-sekolah 5 Tahun.

Tetamu juga disajikan dengan tayangan video prasekolah, Tahun 6 dan aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun 2019 ketika majlis ini berlangsung.

Acara diteruskan dengan acara Graduasi Prasekolah A, Prasekolah B, Prasekolah C dan Prasekolah D, diikuti dengan penyampaian anugerah:


  1. Anugerah Tokoh Murid Pra Sekolah
  2. Anugerah Kaizen
  3. Anugerah Sinar Bestari
  4. Anugerah Kesatria
  5. Anugerah Sinar Nurani
  6. Tokoh NILAM Prasekolah


Persembahan Prasekolah 6 Tahun mengambil tempat seusainya acara Graduasi Prasekolah.

Majlis diteruskan pula dengan acara Graduasi Tahun 6 dan diakhiri dengan Persembahan Video Tahun 6 dan Persembahan Penutup dari murid-murid Tahun 6 2019.

Majlis seterusnya adalah:


  1. Penyampaian Hadiah Tahap 1
  2. Anugerah Citra Bestari
  3. Penyampaian Hadiah Tahap 2
  4. Kedudukan Dalam Kelas
  5. Mata Pelajaran Terbaik
  6. Persembahan Selingan
  7. Penyampaian Anugerah Sijil & Penghargaan
  8. Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber
  9. Kehadiran Penuh
  10. Anugerah Grinda Kristal
  11. Anugerah Penghargaan Khas: Konduktor Majlis Perhimpunan M ingguan Sekolah 2018/2019
  12. Tokoh Nilam (Tahap 1&2)
  13. Penyampaian Anugerah Tokoh-Tokoh Sinar
  14. Tokoh Sinar Bestari
  15. Tokoh Sinar Nurani
  16. Tokoh Sinar Kesatria
  17. Anugerah Tokoh Bitara

Persembahan Finale dari Galang Maya dan sesi bergambar merupakan penyudahnya majlis gilang gemilang tahun 2019 ini.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dalam majlis ini serta penghargaan kepada Puan Yusnur Aida Binti Yusof selaku Ketua Floor Manager pada majlis kali ini kerana dapat memimpin majlis dengan jaya dan gemilang. Diharapkan majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Lensa gambar






















































































































































































































































































































































































































































































No comments: