Tuesday, November 5, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-41 ( SESI PAGI)

TARIKH : 04 NOVEMBER 2019
MASA      7.30 pagi
TEMPATDATARAN PERHIMPUNAN


GURU BERTUGAS KUMPULAN 4 :
  • PN. NORHALIDA BINTI ISHAK
  • PN. NORHANIM BINTI ISMAIL
  • PN. SURIATIE BINTI CHE LAH
  • PN. NORSUZILA BINTI BAHARUDDIN
  • EN. NORDIN BIN MAT HUSSIN

AKTIVITI :

1. NYANYIAN TIGA BUAH LAGU :
  • LAGU NEGARAKU
  • LAGU NEGERI SELANGOR
  • LAGU SEKOLAH
2. BACAAN DOA
3. BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA/KESELAMATAN JALAN RAYA
4. BACAAN IKRAR MURID
5. LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS :
  • Cik Siti Aniqah berharap pada minggu ini semua murid dapat menggunakan masa rehat dengan sebaik mungkin. Apabila loceng rehat tamat dibunyikan murid-murid berada di dataran ilmu dalam keadaan senyap.
6. UCAPAN GURU BERTUGAS:
  • Pn. Suzila memberi penerangan tentang tajuk hormat-menghormati dalam konteks sebagai pelajar. Antara cara untuk menghormati guru ialah memberi salam,jaga adab dengan guru,bercakap dengan sopan dan fokus semasa guru mengajar.
  • Murid-murid juga perlu hormat sesama rakan dengan tidak mengejek, menggunakan panggilan yang elok, hormat hasil kerja kawan.
7. PENYAMPAIAN SIJIL DAN LENCANA TUNAS PUTERI
  • Program ini telah diadakan pada 9-10 Oktober 2019 di Dewan Masjid Raja Fisabilillah, Cyberjaya. Murid-murid yang terlibat ialah :
  1. Aira Khaliesya (4G)
  2. Christina Angelica(4C)
  3. Isma Dania (4G)
  4. Amirah Yasmin (4C)
  5. Nur Wafa Aisy (4D)
  6. W. Aimuny Darwina (4D)
  7. Batrisyia Humayra(4G)
  8. Fifie Melyssa (4G)
8. UCAPAN DATIN NORA BINTI YUSOF (PK KOKURIKULUM)
  • Beberapa perkara telah disampaikan oleh PK Kokurikulum untuk ingatan murid-murid iaitu:      
  1. Tentang sikap hormat-menghormati sama ada dengan guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Sikap ini perlu sentiasa dipupuk oleh semua murid.
  2. Hari Selasa akan diadakan latihan kawad sempena HAKKO bermula 7.30-8.30 khusus untuk murid yang terlibat sahaja.
  3. Hari Rabu, semua murid akan berada di dalam kelas untuk urusan penghantaran buku teks. Selepas rehat akan diadakan raptai untuk HAKKO.
  4. Hari Khamis, akan diadakan HAKKO. Murid yang terlibat sahaja perlu hadir ke sekolah dan memakai pakaian beruniform
  5. Hari Jumaat akan diadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak dengan bertemakan SUPERHERO.


LENSA KAMERA SEPANJANG PERHIMPUNAN

Ucapan guru bertugas Pn. Suzila
Bacaan Ikrar Rukun Negara /Keselamatan Jalan Raya
Nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah

Bacaan Doa oleh Mohd Naqib Zakwan
Bacaan Ikrar murid oleh Sofea Nadia

Laporan guru bertugas minggu lepas Cik Siti Aniqah
Penyampaian Sijil dan Lencana Tunas Puteri program ABC&FBM


Murid-murid yang menerima Sijil dan Lencana Tunas Puteri


Ucapan PK Kokurikulum Datin Nora











































No comments: