Program Pasca UPSR telah pun bermula sejak hari Isnin lagi. Guru-guru tahun 6 telah menyusun pelbagai aktiviti menarik untuk murid-murid. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah jahitan, kraft, rekacipta, masakan serta aktiviti mengikut matapelajaran.
Hari ini dan semalam murid-murid telah menjalani aktiviti permainan bola sepak serta bola jaring pada sebelah pagi. Selepas rehat pula, mereka membuat kraft 'felt' dimana guru-guru menyelitkan pengajaran asas jahitan. Murid-murid dibahgikan kepada 5 kumpulan dan diberikan bahan-bahan seperti kain 'felt', jarum, benang, gam dan gunting. Pn. Nurhafizah telah memberikan penerangan serta contoh kraft yang dihasilkan. Alhamdulillah, murid telah dapat menghasilkan penanda buku yang menarik. Murid-murid tidak kira lelaki atau perempuan menunjukkan minat serta respon yang baik terhadap aktiviti. Kraft yang telah dihasilkan mereka juga telah habis dijual kepada murid-murid lain pada hari ini.
Pada murid-murid yang tidak hadir, amatlah rugi. Inilah masa untuk mereka mempelajari dan mengasah kemahiran asas hidup serta keusahawanan untuk mereka gunakan pada masa akan datang. Harapan guru-guru agar murid-murid dapat meneruskan kemahiran yang mereka dapat ini. Bukan itu sahaja, guru-guru juga berharap agar Program Pasca UPSR ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan buat murid-murid yang tersayang.
 |
Perlawanan bola jaring yang dipantau oleh guru-guru Tahun 6 |
 |
Hasil tangan murid dalam kumpulan |
 |
Kreatif menghasilkan penanda buku yang menarik |
 |
Murid menggunakan bahan sendiri untuk membuat penanda buku lebih menarik |
 |
Adly Fahmy menunjukkan hasil kraft kumpulannya |
 |
Hasil kraft murid 6C |
 |
Penanda buku berbentuk kamera 'Instagram' yang menarik |
 |
Murid-murid gigih menghasilkan kraft |
 |
Murid-murid menjual hasil kraft mereka |
 |
Kumpulan yang paling banyak mendapat 'income' hari ini |
 |
Murid-murid tahap 1 tertarik dengan hasil kraft kakak-kakak dan abang-abang tahun 6 |
 |
Berjaya mendapat 'customer' |
 |
Murid-murid tahun 1 melihat gelagat Basrah menjual penanda buku |
 |
Satu-satunya kumpulan yang mempamerkan tanda harga |
No comments:
Post a Comment