Friday, September 29, 2023

CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH MURID (Murid Berdisiplin, Berakhlak dan Bermotivasi)

Pada hari ini Jumaat, 29 September 2023 Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Pengawas dengan kerjasama Unit HEM telah mengadakaan CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH MURID bertempat di Dewan SK Pulau Meranti. Ceramah ini bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Program ini diadakan untuk memberi sedikit motivasi dan menerapkan nilai kerohanian kepada murid-murid agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat serta memiliki peribadi yang unggul. Majlis ini dipengerusikan oleh Puan Suriatie Binti Che Lah dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Farhan Bin Muhamad Ali.Penceramah jemputan untuk majlis ini adalah Encik Muhammad Afandie Bin Yahaya dari SK Kampung Baharu Lanjut. 

OBJEKTIF

Membentuk akhlak moral dalam kalangan murid dan menjadikan apa yang disampaikan oleh penceramah sebagai pegangan dan amalan hidup. 

Memberi kesedaran kepada murid-murid akan tanggungjawab yang perlu dipikul terhadap diri sendiri, keluarga dan sekolah 

Merapatkan hubungan silaturrahim di antara murid-murid

SASARAN

Semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6.

LENSA KAMERA


























No comments: