Hari : Khamis , Jumaat
Masa: 7.15-7.30 pagi, 6.25-6.40 petang
Tempat: Dataran SKPM
Anjuran: Unit Disiplin SK. Pulau Meranti
Alhamdulillah..unit disiplin SK. Pulau Meranti telah berjaya menjalankan operasi spot check dikalangan murid tahun 1 hingga tahun 6 termasuk pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama guru kelas dan guru matapelajaran. Tujuan operasi spot check ini dilakukan bagi mengenalpasti murid yang tidak mematuhi peraturan dan disiplin sekolah dari aspek penampilan dan kekemasan diri merangkumi rambut, kuku, tanda nama, lencana sekolah serta barang/benda yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. Hasil dapatan operasi mendapati terdapat murid sesi petang telah membawa barang yang tidak dibenarkan ke sekolah.Murid-murid ini telah dikenakan tindakan amaran kali pertama oleh pihak lembaga disiplin sekolah dan diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor sekolah. Semua murid diingatakan agar sentiasa patuh dengan peraturan dan disiplin sekolah. Setiap kesalahan yang dilakukan akan direkodkan untuk tindakan susulan oleh lembaga disiplin sekolah.Semoga operasi spot check ini dapat membentuk peribadi dan penampilan kekemasan murid seterusnya mengingatkan murid agar sentiasa menjadi murid yang berdisiplin.
LENSA KAMERA SEPANJANG OPERASI SPOT CHECK .....
Peringatan disiplin |
murid tahun 1 sedang diperiksa kukunya |
semua murid diarah untuk meletakkan jari dimulut |
guru sesi pagi bersedia menjalankan tugas |
murid bersedia untuk diperiksa |
guru sesi petang menjalankan operasi |
Disediakan oleh,
AINUL FATHIAH BINTI MUHD FAUZI
Ketua Guru Disiplin
SK. Pulau Meranti, Puchong
No comments:
Post a Comment