Majlis hari ini diadakan dengan penuh rasa hormat dan penghargaan bagi meraikan insan yang telah banyak menyumbang tenaga dan idea dalam pentadbiran sekolah. Beliau merupakan tonggak pentadbiran yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memastikan kecemerlangan sekolah.
Pada hari Isnin bersamaan tarikh 11 Mei 2026 telah berlangsungnya Majlis Persaraan Pn. Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Pentadbiran yang bakal menamatkan perkhidmatan mulai hari ini.
![]() |
| Tamu menjamu selera |
![]() |
| Tamu melengkapkan buku memory |
Doa dibacakan oleh Ustaz Farhan Ucapan GB,SKPM, En. Khairil Anuar B. Othman
![]() |
| Ucapan dari En.Afindi B. Mohd Salleh, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Prasekolah & Rendah, PPD Sepang |
![]() |
| Pesembahan Prasekolah |
![]() |
| Persembahan murid tahap 1 |
Bunga melati di tepi halaman,
Harum mewangi sepanjang hari,
Jasa diberi penuh budiman,
Tetap dikenang sampai ke akhir nanti.
Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli jamu,
Persaraan datang bukan berpisah kasih,
Kenangan bersama tetap di kalbu.
Burung merpati terbang sekawan,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Pn. Rosmah insan budiman,
Mendidik kami penuh bermakna.
Patah galah dalam perahu,
Perahu belayar menuju muara,
Terima kasih segala ilmu,
Semoga bahagia di hari persaraaan sejahtera.
Walaupun beliau sudah tiada di sekolah, namamu tetap terukir dalam sejarah kecemerlangan sekolah ini.
Selamat bersara dan selamat berehat bersama keluarga tercinta buat Pn. Rosmah Bt Jamat
Terima kasih atas segala-galanya".





















No comments:
Post a Comment