Hari ini, 8 Mei 2026, merupakan hari yang penuh emosi buat warga SK Pulau Meranti. Kami berkumpul untuk meraikan insan istimewa, PK Pentadbiran yang kami sayangi, Pn. Rosmah Bt Jamat. Beliau bakal menamatkan perkhidmatan beliau (Persaraan wajib) dalam dunia pendidikan.
Dedikasi dan ketegasan Pn. Rosmah dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran kurikulum sekolah akan sentiasa menjadi inspirasi kepada kami semua. Beliau bukan sahaja seorang pentadbir yang cemerlang, malah merupakan seorang mentor yang penyayang.
Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak pernah putus. Sesungguhnya, kehilangan seorang PK Pentadbiran seperti cikgu amat dirasai.
 |
| Pengacara majlis bersedia untuk memulakan majlis |
 |
| Yang dirai bersama Guru Besar, En. Khairil Anuar B. Othman |
 |
| Bacaa doa dipimpin oleh Ustaz Noramaluddin B. Md Yusoff |
 |
| Ucapan dari Ketua Murid Sesi Petang, Adik Aisy Muammar (3 Einstein) |
 |
| Ucapan Aluan Dari Guru Besar SKPM, En Khairil Anuar B. Othman |
 |
| Ucapan daripada yang dirai Pn. Rosmah Bt Jamat |
 |
| Majlis memotong Pulut Kuning sempena meraikan Hari Lahir Pn. Rosmah pada 11 Mei akan datang |
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan murid
 |
| Wakil Pra sekolah menyampaikan hadiah kepada Pn.Rosmah |
 |
| Penyampaian Hadiah murid tahun 1 |
 |
| Penyampaian Hadiah murid tahun 2 |
 |
| Penyampaian Hadiah Murid Tahun 3 |
 |
| Penyampaian Hadiah Guru-guru Sesi Petang |
 |
| Penyampaian hadiah dari Pn Shurainee Hanim |
 |
| Murid menyampaikan hadiah peribadi kepada Pn. Rosmah |
 |
| Sesi Bergambar |
 |
| Sesi Bersalaman |
Kami mendoakan agar Pn. Rosmah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta di fasa persaraan ini. Selamat bersara!
Semoga persaraan ini menjadi titik permulaan baharu yang lebih tenang dan ceria.
Jasamu tetap dalam kenangan."
No comments:
Post a Comment